Friday, September 30, 2011

[Sukan] Wan Kuzain: Football Wonderkid

[Agama] Renungan Sebelum Jumaat

utk kekawan...

Assalamualaikum… Wahai sahabat² seagama denganku… Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini…. 3 Minit je, tak lama pun..

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi.. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih… Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..

[Agama] Seorang Kristian Menerangkan Apa Itu Hukum Hudud


[Lawak] Permohonan Tiang Gol Yang Ikhlas


Thursday, September 29, 2011

[Info Teknologi] Adakah Windows 8 bagus?

Adakah Windows 8 bagus?


6
Dua minggu lalu, Microsoft melancarkan Developer Preview untuk Windows 8 di persidangan pemaju BUILD. Sebagaimana namanya, Developer Preview ialah untuk pemaju-pemaju untuk mendapat tahu persekitaran dan struktur Windows 8 dan membina aplikasi dan perisian untuk sistem operasi (OS) Microsoft berikutnya.

[Berita] Tak sempat lihat anak berjaya

Tak sempat lihat anak berjaya


KOTA BHARU - “Saya rasa ralat, bersalah dan sayu apabila bapa yang amat disayangi maut ketika mengambil saya pulang dari matrikulasi di Kedah,” kata anak kepada mangsa kemalangan, Nurul Isma, Ismail, 19.

[Berita] Akibat gagal berhenti di bulatan

Akibat gagal berhenti di bulatan





RANTAU PANJANG – Dua warga emas mangsa terbaru kemalangan di bulatan Kampung Parit Air yang merupakan kawasan kerap berlaku kemalangan kira-kira jam 10.45 pagi kelmarin.

[Berita] Pelajar UiTM mati lemas

Pelajar UiTM mati lemas


MACHANG - Hasrat 13 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini, berkelah di Jeram Linang, tengah hari semalam berakhir tragedi apabila seorang rakan mereka mati lemas.

[Berita] Suratan Takdir

KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.

KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.

Wednesday, September 28, 2011

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis?

Kisah di sebalik sejarah ..
1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke AsiaTenggara (Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 (anggaran) bala tentera.

Kuota Bumiputera: Najib ikut kata Soi Lek?


KUALA LUMPUR, 28 Sept: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghapusan kuota ekonomi?

Apabila facebook berubah wajah


Kebakaran Kolej Jati UiTM Shah Alam!!!

Siapa tahu punca kebakaran???

[Petua] Koleksi Petua Awet Muda

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

[SUKAN] PIALA MALAYSIA 2011 -Suku Akhir- 10 Oktober 2011 & 14 Oktober 2011


PIALA MALAYSIA 2011 -Suku Akhir- 10 Oktober 2011 & 14 Oktober 2011

->PERAK vs SELANGOR
->T-TEAM vs SABAH
->KELANTAN vs TERENGGANU
->NEGERI SEMBILAN vs FELDA UNITED
__________________________
________________________________________
PIALA MALAYSIA 2011 -Separuh Ahkir- 18 Oktober 2011 & 22 Oktober 2011

->PERAK/SELANGOR vs KELANTAN/TERENGGANU
->T-TEAM/SABAH vs NEGERI SEMBILAN/FELDA UNITED
__________________________________________________________________
PIALA MALAYSIA 2011 - Akhir - 29 Oktober 2011

........................ vs ........................
__________________________________________________________________
*Teruskan sokongan anda..sebarang perubahan akan dimaklumkan.. ~MH~

Tuesday, September 27, 2011

5 Syarat Untuk Bermaksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Budak Lahir Tahun 70/80/90 an

Budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu*kat skola ade salesman jual buku cerita.ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak* kat

[Panas] Lagi UTUSAN menghina hukum Allah


Apa la nak jadi dengan media sekarang nie.... semakin lama semakin tidak profesional dan kali ini memang keterlaluan apabila Utusan menyiarkan gambar karikatur bercorak penghinaan terhadap hukum Allah (hudud). Agak-agak siapa berani saman atau bersuara mengenai apa yang disiarkan di dalam UTUSAN????

Sunday, September 25, 2011

Gila, wanita ini buli kereta peronda polis

Seni fotografi zahirkan kreativiti


BAGI memberi peluang pelajarnya mengasah bakat dan menimba pengalaman baru dalam bidang fotografi, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) menganjurkan pameran fotografi, baru- baru ini.
Pameran yang mengete­ngahkan tema Jiwa itu sebagai platform pelajar untuk meneroka potensi sebenar dalam dunia kreatif.

Makin ramai suami didera isteri

KUALA LUMPUR: Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini.
Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.

Bangga jadi ‘call girl’

Dari kiri -  Aiza, Lily, Shila
Dari kiri - Aiza, Lily, Shila
TERLUPA batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke pusat hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat sunyi akhirnya hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual tubuh.

Contoh Resume Bahasa Melayu Terbaik

Bagi sesiapa yang ingin memohon kerja, resume biasanya akan diperlukan sebelum anda memohon untuk sesuatu perkerjaan. Berikut adalah contoh Resume Bahasa Melayu yang boleh anda gunakan.

Nicholas Azizan
No. 2, Jalan Mata Kuching
45000 Kuala Selangor
Selangor Darul EhsanOBJEKTIF DAN MATLAMAT KERJAYA

[Sukan] Badan bebas urus Liga M

PETALING JAYA - Kekalahan kepada Jepun dan onak duri yang menyukarkan impian penyerang kebangsaan, Safee Sali beraksi bersama pasukan Cardiff City, sudah cukup jelas menjadi penunjuk aras kualiti bola sepak Malaysia ketika ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa tanpa mahu berselindung, secara terbuka mengakui perjalanan bola sepak Malaysia mendaki ke pentas antarabangsa dan sekali gus menyaingi sekurang-kurangnya jaguh Asia seperti Jepun dan Korea Selatan masih terlalu jauh untuk dicapai.

Hudud: Soal Jawab PM Dengan Wartawan

Transkrip sidang akhbar YAB Perdana Menteri mengenai hukum hudud di Tanjung Tualang, Perak pada 24 September 2011

Soalan wartawan (Q): Pertelingkahan DAP dan PAS mengenai hudud semakin parah, apa komen Datuk Seri?
Perdana Menteri (PM) : “Kita sudah jangka bahawa kalau sekiranya ada parti cuba bergabung tetapi dari segi ideologi masing-masing boleh dikatakan bertentangan pada soal pokok dan asasnya, maka perkara seperti ini lambat laun akan timbul dan dalam soal undang-undang hudud ini, sudah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi itu tak boleh ditutup lagi, tak boleh diselindung daripada mata rakyat.

Saturday, September 24, 2011

[Agama] Lelaki muda dan Syaitan

" INNAMA A'MALU BIN NIAT "
Sesungguhnya amal p'buatan itu b'gantung pd niat....

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’, dan, berjalan menuju masjid.

[Berita] PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di M'sia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Skill breakdance yang hebat

Najib beri jaminan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia

Najib beri jaminan hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia


2011/09/24

TANJUNG TUALANG: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, hukum itu tidak sesuai dilaksanakan kerana berpaksikan kepada realiti yang ada di negara ini.
Najib berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di pekan Tanjung Tualang sempena lawatan turun padang sehari beliau ke Perak, sebentar tadi.

[Sukan] Gementar undang padah



HEMPAS PULAS...Muslim mengawal pergerakan penyerang Jepun, Yuya Osako (kanan) pada perlawanan Rabu lalu. 


SIKAP terlalu menghormati kehebatan Jepun mencetuskan rasa gementar skuad Olimpik negara hingga mereka gagal mempamerkan aksi sebenar ketika tumpas 0-2 pada perlawanan pertama Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik London di Stadium Tosu, Rabu lalu.

[Berita] Rempuh polis lepas asmara

PERMAISURI: Panik melihat kehadiran sebuah kereta peronda polis, seorang lelaki yang asyik memadu asmara bukan saja merempuh kenderaan pihak berkuasa terbabit, malah lari meninggalkan teman wanitanya yang terkial-kial memberikan penjelasan kepada polis mengenai tindakan mereka itu.

Ahmadinejad gelar AS, Eropah penjajah angkuh

NEW YORK: Diplomat Amerika Syarikat dan delegasi 30 negara lain bertindak keluar dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) selepas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menyifatkan kuasa besar itu dan sekutunya di Eropah Barat sebagai kuasa angkuh yang tamak dan suka campur tangan ketenteraan di negara lain.

[Hiburan] Jiran jadi pontianak

SEBUAH lagi filem berunsurkan pontianak dihasilkan di Hollywood. Walaupun Fright Night ialah judul kitar semula, daripada filem terbitan 1985, namun ia tidaklah dibuat 100 peratus mengikut versi filem asalnya.

Veteran Liverpool, MU sertai Pilihan Selangor

Lawan Singapura rebut Piala Sultan Selangor

BEKAS pemain Liverpool, Jason McAteer dan bekas pemain Manchester United, Jesper Blomqvist bakal memperkuatkan skuad Pilihan Selangor dalam pertemuan menentang Singapura bagi merebut Piala Sultan Selangor edisi ke-10 di Stadium Shah Alam, 1 Oktober ini.

[Berita] Kakitangan awam diramal naik gaji lagi

Kakitangan awam diramal naik gaji lagi


2011/09/24

Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Serpihan satelit NASA mungkin ke Kanada, Afrika, Australia

Serpihan satelit NASA mungkin ke Kanada, Afrika, Australia


2011/09/24

WASHINGTON: Serpihan angkasa terbesar dalam masa 30 tahun dijadual mencecah bumi dan antara kawasan yang dilintasinya termasuk Kanada, Australia dan Afrika, menurut NASA hari ini.

Jurutari dibogel, dicampak

KOTA BHARU: Seorang jurutari lelaki berusia 20-an bukan saja melalui pengalaman hidup paling memalukan apabila dibogelkan sebelum diikat dua lelaki yang tidak berpuas hati terhadapnya, tetapi turut dicampak ke dalam tali air di Jalan Dewan, dekat Salor, Khamis lalu.
Tidak setakat itu, mangsa yang di bawa dari Tanah Merah ke sebuah rumah tumpangan di Wakaf Bharu, kira-kira jam 11 malam turut ditutup mukanya oleh pemuda berkenaan menggunakan pakaian.

Bekas eksekutif Proton dipenjara, denda terima rasuah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif pembelian Proton dipenjara enam bulan dan didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan menerima rasuah membabitkan RM3,028.27 daripada seorang pemilik syarikat enam tahun lalu.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu terhadap Fahmy Ameer Mohd Raf, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu.

[Berita] Culik, pukul, campak keluar van

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ‘diculik’ dua lelaki menaiki van putih ketika berjalan pulang dari sekolahnya di Taman Melati di sini, semalam.
Jenayah itu disyaki dilakukan kumpulan sama yang berdendam dengannya selepas kanak-kanak lelaki itu menggagalkan satu cubaan ragut dilakukan penjenayah terbabit pertengahan bulan lalu.
Sebaik ditangkap dan dimasukkan ke dalam van, mangsa dipukul seorang daripada suspek berusia 20-an sepanjang perjalanan sebelum dicampak keluar dari van yang sedang bergerak sebaik tiba di stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju di sini, jam 2 petang, kelmarin.

Menurut sumber, dua lelaki berkenaan yang berdendam dengan budak terbabit terserempak dengan mangsa bersendirian dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya.


Sebaik melihat mangsa, dua penjenayah terbabit yang menaiki sebuah van putih terus berhenti di hadapannya.

-Harian Metro

[Berita] Nyaris rentung bersama Lamborghini RM1.2j

TERBAKAR...anggota bomba menyiasat kebakaran sebuah Lamborghini 
di Damansara, semalam.

TERBAKAR...anggota bomba menyiasat kebakaran sebuah Lamborghini di Damansara, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nyaris rentung apabila kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang bernilai RM1.2 juta terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Damansara, di sini semalam.

[Berita] ‘Isteri kedua hari-hari mau’

BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit.
BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit.
KUALA LUMPUR: Biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara ‘Cina buta’ selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Perempuan Memang Selalu Macam Ni Eh..?

Dalam entri sebelum ini aku ada bagitahu hendak buat entri yang bertajuk 'Perempuan memang selalu macam ni eh'. Ada sebab aku terpikir hendak buat entri macam ni.:)

Selepas aku balik cuti lepas, baca² blog mana yang jumpa dan terjumpa entri yang aku rasa menarik dan buat aku ketawa. Entri jenis-jenis alasan yang selalu diberi oleh lelaki, di blog Zureensukasushi bagi entri Lelaki memang banyak bagi alasan macam ni eh.
Memang ada beberapa perkara yang aku rasakan memang betul pun..ha3.

[Video] Akibat Main Dengan Isteri Orang

Mana x mengamuk suami dia... memang patut pun...Rasanya ini pun belum cukup lagi... Kalau ikut hukum Islam lagi teruk kena.

Masukkan No Pin ATM Terbalik.? [Maklumat Yang Salah]

Pernahkan anda mendapat email, atau sesiapa sahaja yang foward kepada anda yang mengatakan bahawa, "apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti perompak memaksa anda mengeluarkan wang dari bank menggunakan kad ATM anda, dan anda perlu masukkan NO PIN anda secara TERBALIK untuk memanggil polis untuk bantuan kecemasan.?"

Friday, September 23, 2011

Lelaki Juga Ramai Masuk Neraka

Kucing Kejutkan Kawannya

Kepada Awek : Tolongggglah Jangan Jadi Macam Nie

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

Sitkom hina PM Australia

ADEGAN komedi At Home with Julia yang menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat Australia.

ADEGAN komedi At Home with Julia yang menimbulkan kontroversi di kalangan rakyat Australia.
Adegan Gillard, pasangan berselimut bendera selepas seks dikecam

CANBERRA: Adegan dua pelakon komedi yang memegang watak Perdana Menteri Australia, Julia Gillard dan pasangannya, Timothy Mathieson baring dibaluti bendera Australia selepas melakukan seks, dikecam Ahli Parlimen dan media yang menyifatkannya tidak menghormati bendera negara dan jawatan perdana menteri.

Nik Aziz mahu laksana hudud

MB dakwa suasana kondusif di Kelantan untuk jalankan hukum Islam

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat tetap bertegas untuk meneruskan pelaksanaan hukum hudud di negeri ini walaupun Kelantan dikatakan berada dalam keadaan tidak kondusif bagi melaksanakan undang-undang berkenaan.

Beliau berkata, keadaan Kelantan sudah lama kondusif untuk pelaksanaan hukum hudud dan ini dibuktikan melalui tiga asas agama yang dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan negeri iaitu Ubudiah, Masuliah dan Itqan.

Katanya, selain itu, setiap Jumaat diadakan kuliah agama yang turut membabitkannya, selain banyak pelaksanaan projek menjurus kepada keperluan rakyat, sekali gus menjadikan asas cukup kondusif bagi melaksanakan hukum hudud di negeri ini.

“Sebenarnya, kita sudah lama mewujudkan suasana kondusif ke arah pelaksanaan hukum hudud, selain mempunyai mekanisme untuk melaksanakannya iaitu mereka yang mempunyai ilmu mencukupi dalam bidang berkenaan iaitu kadi dan hakim, tanpa membabitkan orang politik,” katanya selepas Mesyuarat EXCO kerajaan negeri, di Kota Darulnaim, semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kelmarin, yang mengatakan Kelantan tidak boleh melaksanakan hukum hudud kerana negeri itu tidak kondusif.
Mohd Asri selepas menyampaikan kertas kerja pada Seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan Sempena Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan 2011, berkata Kelantan tidak boleh melaksanakan hukum hudud kerana tidak mempunyai kuasa mewujudkan hukuman seperti itu.

Ditanya jika pakatan pembangkang lain tidak bersetuju dengan pelaksanaan itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, persoalan itu perlu ditanyakan kepada pihak berkenaan mengapa tidak bersetuju terhadap perkara itu.

SUMBER : BERITA HARIAN

[Agama] Balasan Tidak Mandi Hadas Besar

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.
Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.
Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan.

Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tetapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama binatang misteri itu. Setelah siap di gali dan para jemaah pun mengangkat jenazah kearah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila di dapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu.
Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.
Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah di lakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan “mandi hadas” setiap kali selepas melakukan persetubuhan.
Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka.
Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah bahawa azabnya amatlah pedih bermula dari alam kubur lagi.
[SUMBER]

[Sukan] Kerenah birokrasi sekat misi Safee Sali!

Imigresen Britain sekat keluar permit kerja pemain

BIARPUN penyerang sensasi negara, Safee Sali berjaya memikat hati pengurus Cardiff City, Malky MacKay setakat seminggu berlatih bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris itu, impiannya mungkin tidak kesampaian akibat menjadi mangsa birokrasi kerajaan Britain.
Mackay tampak memberi perhatian terhadap Safee, 27, pada setiap sesi latihan meskipun beliau hanya hadir untuk ujian percubaan selama dua minggu, namun isu masalah mendapatkan permit kerja buat Safee menjadi penghalang pengendali berkenaan menyunting terus pemain Pelita Jaya itu.
Safee yang menghubungi pengurus peribadinya, Zakaria Ab Rahim di tanah air memberitahu, peluangnya untuk menyarung jersi Cardiff City pasti lebih cerah andai Malaysia berada di ranking ke-70 atau ke bawah, sekali gus melepasi syarat mendapatkan permit kerja itu.

“Kekangan pihak imigresen di sana untuk mengeluarkan permit kerja adalah urusan Kementerian Dalam Negeri United Kingdom, bukan Persatuan Bola Sepak (FA) England. Safee dilihat sebagai mangsa keadaan dan birokrasi.

“Hanya kerajaan Malaysia sahaja yang boleh bantu dengan proses ‘Government to Government’ atas alasan tanggungjawab British membantu negara bekas jajahan takluknya atau Komanwel.

“Bagi saya, Malaysia layak diberi keistimewaan seperti mana rakyat kita dapat keistimewaan tanpa visa untuk ke United Kingdom. Jadi kerajaan Malaysia harus bantu dalam perkara ini untuk berbincang dengan pihak kerajaan Britain,” kata Zakaria, semalam.
Safee akan menjalani latihan bersama kelab berkenaan sehingga 26 September ini dan akan tiba di tanah air, dua hari kemudian.

Budak 2 Tahun Diperkosa Di Rumah Pengasuh

PETALING JAYA – Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.

Rempuhan pesawat tak mungkin tumbangkan WTC: Ahmadinejad

Rempuhan pesawat tak mungkin tumbangkan WTC: Ahmadinejad


2011/09/23

WASINGTON: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, berkata sebagai seorang jurutera, beliau pasti menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York tidak diruntuhkan oleh pesawat.
Ahmadinejad, dalam satu sesi temubual dengan Akhbar Associated (AP) berkata, mustahil dua pesawat mampu meruntuhkan menara dengan hanya merempuh dan menambah, terdapat beberapa siri letupan yang dirancang di dalam bangunan itu. Beliau merujuk kepada bencana yang melanda Amerika Syarikat (AS) 10 tahun lalu.

Lelaki Arab Saudi dihukum pancung kerana membunuh

Lelaki Arab Saudi dihukum pancung kerana membunuh


2011/09/23



RIYADH: Seorang lelaki warganegara Arab Saudi dikenakan hukuman pancung hari ini di atas kesalahan membunuh, menurut kenyataan oleh Kementerian Dalam Negeri.
Tertuduh yang dikenali sebagai Hamad al-Shahrani didapati bersalah menikam seorang lelaki beberapa kali dengan menggunakan pisau.

Tidak mungkin Singapura, Malaysia bercantum, puji usaha Najib tingkat hubungan: Lee Kuan Yew

Tidak mungkin Singapura, Malaysia bercantum, puji usaha Najib tingkat hubungan: Lee Kuan Yew


2011/09/23

SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, berkata tidak mungkin Singapura dan Malaysia akan bercantum pada masa depan.

Bagaimanapun, beliau memuji usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak meningkatkan hubungan dua hala antara kedua buah negara berjiran.

[Berita] Pelajar tembak guru, sebelum bunuh diri

Pelajar tembak guru, sebelum bunuh diri


2011/09/23

SAO PAULO: Pelajar berusia 10 tahun membunuh diri selepas menembak gurunya dalam kelas di pinggir bandar Sao Paulo, awal pagi tadi, kata Datuk Bandar Sao Caetano.

Pihak berkuasa berkata, budak lelaki itu masuk ke dalam kelas, di mana 25 pelajar sedang berada dalam kelas dan menembak Profesor Rosileide Queiros de Oliveira, 38, yang terselamat.
Pelajar itu kemudiannya meninggalkan bilik dan menembak diri sendiri di kepala. - AFP

PAS tetap laksana hukum hudud walaupun dapat tentangan Kit Siang, Karpal

PAS tetap laksana hukum hudud walaupun dapat tentangan Kit Siang, Karpal

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendiriannya mengenai pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud di Kel
antan.

Cara Lelaki Menguji Wanita

Lelaki… Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

Kondom dalam beg sekolah anak

HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

[Berita] Ghaib lepas dapat RM1



KUALA KANGSAR: Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun diselubungi tanda tanya apabila mangsa dilaporkan ‘ghaib’sejurus meminta wang RM1 dari ibunya.
Mangsa, Nur Shafiqa Ismail, yang juga murid tahun lima, Sekolah Kebangsaan (SK) Talang, dilaporkan gagal dikesan keluarganya sejak hilang lebih 10 hari lalu.

MUADZAM SHAH: Sejak disampuk ‘hantu sekolah’ lebih lapan bulan lalu, Siti Noraslinda Mohd Razali, 14, yang pada asalnya seorang remaja lemah-lembut dan patuh arahan keluarga, kini terpaksa diikat kaki dan tangannya kerana sering berkelakuan pelik serta ganas termasuk mahu
PASIR SALAK: Rumah pejuang tersohor, Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, di sini, bukan saja dijadikan sarang maksiat, malah menjadi ‘port’ penagih dadah di kawasan ini.

Kediaman warisan yang terletak bertentangan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak itu berada dalam keadaan terbiar dan menunggu masa roboh.


Laung Tadbir Sebelum Maut


MERSING: “Sebaik tiba, saya dengar dia menjerit Allahuakbar serta mendengus kuat sebelum nafasnya tidak lagi kedengaran,” kata Mohd Khamsani Kassim, 43, bapa mentua Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, yang terbunuh ketika mendulang emas di sini, kelmarin.
Mohd Shafadrul maut apabila terowong di dalam lubang sedalam lebih lima meter yang digalinya di ladang kelapa sawit milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM) di Kilometer 13, Jalan Endau-Mersing di sini, runtuh kira-kira jam 9 malam.


Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Hubung di sini, menggali terowong itu berseorangan.

Friday, September 9, 2011

Proton Bakal Perkenal Espire Tahun Hadapan?



KUALA LUMPUR –Proton Holdings Berhad (Proton) dijangka melancarkan model kereta jenis sedan terbaru yang diberi nama ‘Proton Espire’ pada awal tahun depan.

Sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, mynewshub.my mendapat maklumat dari Ketua Eksekutif Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohammad Tahir, yang menyatakan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model baru pada Februari 2012.

[Lawak] Apa itu sex?

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

[Hiburan] Marsha AF Cuba Bunuh Diri?


KUALA LUMPUR – Selepas satu laporan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini mengatakan Marsha Milan Londoh ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya akibat menelan pil berlebihan, teman rapat kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini, Afeeq Abdul Rahman menafikan berita tersebut.

[Sukan] Samir Nasri Terpaksa Direhatkan


SAMIR Nasri menghadirkan keresahan kepada kelabnya, Manchester City setelah mengalami kecederaan pada bahagian tangan ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis, Selasa lalu.

[Gambar] Gabungan Kereta Dan Motor

[3 Lawak 18++] : Cerita Ular, Pak Pandir dan Sperma

1. Cerita Ular

Amir dan Joni sedang berjalan di rumput. Saat Joni sedang kencing tiba-tiba seekor ular melompat dan mengigit “burung” Joni.
Joni: Aduuuuuuuuuuuuuh !!!
Amir: Kenapa?
Joni: Saya digigit ular. Cepat telepon doktor.
Nasib Amir membawa handphone lalu menghubungi seorang doktor.
Amir: Doktor, kawan saya digigit ular. Apa yang harus saya lakukan?
Doktor: Ular jenis apa?
Amir: Saya tidak tahu. Panjangnya 1 meter berwarna hijau-kuning.
Dokter: Ya… Ya…
Amir: Bagaimana doktor?

GEMPAR!!! – Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mulai 15 Sept



KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Thursday, September 8, 2011

Pelajar dakwa dinodai teman lelaki beri pil khayal

KAJANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dirogol rakan lelakinya, pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16 Ogos lalu dan kejadian itu hanya dimaklumkan kepada guru di sekolahnya, kelmarin.

Kami Sedia Berperang Dengan Malaysia – Lee Kuan Yew


Wanita Hipokrit Anggap Tudung Macam Biskut Chipsmore??

“Hish ! Panasnya hari ni….I rasa nak buka tudung je..! Ala…tak kisahlah ! Lelaki-lelaki dalam office ni semuanya kawan I, bukannya orang lain..! Buka je la…Tak pakai tudung tak bermakna yang I ni jahat…sorry ye, I dah tak tahan panas ni….It’s hot in here….”

Lalu tudung yang dipakai si Wanita Melayu Islam itu dibuka tanpa mempedulikan rakan-rakan sekerja lelaki bukan Muhrim di dalam pejabatnya.

Gambar : Artis-Artis Malaysia Tanpa Makeup

Artis2 Malaysia tanpa makeup :)







Tuesday, September 6, 2011

[Berita] Suami Berang Pijak Perut Isteri Hamil

GOMBAK: Berang tindakan isteri yang mengandung lima bulan menegur selepas tidak pulang ke rumah dua hari menyebabkan seorang lelaki membelasah dan menendang perut isterinya itu dalam satu kejadian di rumah mereka di Kampung Nakhoda, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 27 tahun dan belum tidur kerana menunggu suaminya menegur lelaki itu agar berubah demi masa depan mereka sebaik pulang ke rumah, tambahan pula tidak lama lagi akan bergelar bapa.

[Gambar] Beginilah keadaan bila ramai penghuni flat yang menggunakan ASTRO



P/S : Kesian penghuni flat yang duduk ditingkat atas... jadi mangsa keadaan....huhuhuhu.....

[Berita] Pemandu Bas Dipukul Selepas Kemalangan

IPOH – Pemandu sebuah bas ekspres diserang sekumpulan lelaki dan wanita sejurus selepas bas berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, semalam.

Kumpulan dua lelaki dan dua wanita berkenaan turut menyerang pemandu kedua bas berkenaan selain memecah cermin tingkap bas dalam kejadian pada kira-kira 7.30 petang itu.

Seramai 25 penumpang berada dalam bas ekspres yang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke Kuala Lumpur itu.

[Sukan] "Jalan Besar pitch is for school kids, says Iraq coach Zico"

"Jalan Besar pitch is for school kids, says Iraq coach Zico"




SINGAPURA: Ketua jurulatih Iraq, Zico membidas padang tiruan Stadium Jalan Besar Singapura, menganggapnya sebagai tidak profesional menjelang pertemuan kelayakan Piala Dunia bagi Zon Asia, hari ini.

Bercakap kepada wartawan, legenda berasal dari Brazil itu berkata padang berkenaan tidak sesuai untuk saingan kelayakan Piala Dunia dan sebaliknya menyifatkannya mungkin lebih sesuai bagi bola sepak sekolah.

[Soal Jawab Agama] Haram minta ampun bagi orang musyrik

SEBELUM ini saya ada seorang kekasih bukan Islam. Dia beragama kristian dan pada 4 Jun lalu dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Saya terlalu terkejut dan pergi ke rumah keluarganya. Saya hanya berdiri di luar rumah sampai upacara ‘prayer’ tamat.

Saya pergi ke sana kerana perasaan saya tidak tenang sebab tidak dapat tunaikan permintaannya untuk jumpa saya buat kali terakhir.

Saya bercadang ke kuburnya. Adakah itu menjadi satu kesalahan bagi umat Islam dan salahkah jika saya juga hadir bersama ketika upacara ‘prayer’ tetapi hanya melihat dari luar rumah?

[Berita] Mara lahirkan 62,586 usahawan



MAJLIS Amanah Rakyat Malaysia (Mara) komited untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan Bumiputera dengan setakat ini sudah berjaya melahirkan seramai 62,586 usahawan membabitkan peruntukan pembiayaan perniagaan berjumlah RM1.9 bilion.

Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan Mara, Mohd Rosdi Ismail berkata, melalui program Mara, pihaknya yakin dapat membimbing usahawan Bumiputera sedia ada dan baru supaya dapat diketengahkan bukan saja di pasaran tempatan tetapi juga di peringkat global.

[Sukan] 'Mat Chah' sedia galas cabaran


Ganti Khairul Fahmi lawan Sarawak di Kuching

PENJAGA gol kedua Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail bersedia menggalas tanggungjawab utama selaku penyelamat gawang The Red Warrriors ketika turun menentang Sarawak dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia 2011 di Stadium Negeri, Kuching, malam ini.

[Berita] Honda tarik balik Civic, City, Jazz


HONDA Jazz keluaran 2005 hingga 2007 antara yang dipanggil balik untuk pemeriksaan.


Babit 40,456 unit kenderaan keluaran 2005 hingga 2008

HONDA Malaysia Sdn Bhd memanggil semula 40,456 unit kenderaannya yang dikeluarkan antara 2005 hingga 2008 bagi melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal.
Model yang terbabit dalam ‘Kempen Mengemas Kini Produk’ membabitkan pemeriksaan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini itu ialah Civic keluaran 2006-2008, City (2006-2007) dan Jazz (2005-2007).

[Video] Kreatif, Menukarkan Pakaian Lelaki Kepada Pakaian Perempuan

Dunia semakin pelik, fesyen semakin pelik dan kadang-kadang menjadikan lebih kreatif :)


[Info Agama] PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN

PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN

Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1433H akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

[Berita] Beberapa Negeri Turut Rasai Gegaran



KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini yang gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung.

[Cerita Lawak] Insafnya Si Pencuri kerana Bab*

Ketika sepasang suami isteri di sebuah kampung sedang tidur tiba-tiba tersedar melalui bunyi yg mencurigakan, bunyi

mencurigakan sebenarnya itu berasal dari seorang pencuri yg hendak mencuri di rumah mereka. Pencuri tersebut sedang duduk di bawah rumah sedang menunggu peluang.

Pada bunyi pertama membuatkan isteri bertanya ke suaminya

[Soal Jawab Agama] Musykil gaji kerja bank

SAYA berminat menceburi kerjaya dalam sektor perbankan. Di sini saya ada kemusykilan mengenai status halal atau berkat gaji yang diterima pekerja bank khususnya di Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, salah satu pendapatan bank adalah melalui bunga dari skim pinjaman. Apakah pendapat Dr?

FAHMI,
Perak

[Berita] Upah simbah madu dengan asid

TEMERLOH: Akibat cemburu buta, seorang wanita melecur di muka selepas disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali yang diupah madunya dalam kejadian di Tanjung Kerayong, dekat sini, pada 30 Ogos lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa berusia 27 tahun dan berasal dari Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap, melecur di muka, tubuh dan tangan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), dekat sini, untuk menerima rawatan.


Sebelum kejadian, mangsa berada di rumah abangnya selepas pulang dari pasar malam dihampiri seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek menyimbah sejenis cecair pada muka mangsa.

[Hiburan] Sinopsis Filem Hantu Bonceng 2011 Official Trailer

Sebuah filem yang bertajuk Hantu Bonceng di bawah naungan Excellent Pictures Sdn. Bhd, arahan Ahmad Idham bakal ditayangkan pada hari raya kedua dan yang jatuh juga pada tarikh kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 2011 bersamaan dengan 2 Syawal. Filem yang berdurasi selama 90 minit ini menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Zizan RajaLawak sebagai Amran, Juliana Evans (Ayu), Jue Aziz (Halimaton), Taiyuddin Bakar (Kunyit) dan ramai lagi. Filem ini semestinya bergenrekan komedi dan juga seram. Tengok pelakon utama pon dah tahu kan? hehe.

Yul kongsikan sekali sinopsis filem tersebut.

[Berita] 'Saya tak pernah kata begitu'

'Saya tak pernah kata begitu'


2011/09/06
Bekas Perdana Menteri Singapura nafi sifatkan Islam agama berbisa

SINGAPURA: Bekas pemimpin Singapura yang lantang bersuara, Lee Kuan Yew, semalam menafikan yang beliau menggelar Islam sebagai ‘agama berbisa’ mengikut apa yang terkandung dalam kabel diplomatik Amerika yang dibocorkan oleh WikiLeaks.
Satu daripada ratusan kabel dari Kedutaan Amerika di Singapura didedahkan memetik Lee sebagai menyifatkan Islam sebagai agama berbisa dalam pertemuannya dengan Senator Hillary Clinton pada 2005.
“Ini adalah pembohongan,” kata Perdana Menteri pertama Singapura yang berusia 87 tahun itu yang juga ahli politik veteran dalam satu kenyataan.

Somalia – 750,000 Saudara Islam Kita Berisiko Mati Kebuluran


Mogadishu - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran angka kematian akibat krisis kebuluran di Somalia akan mencecah 750,000 orang susulan kemarau terburuk yang melanda negara miskin itu dalam beberapa bulan akan datang.

Setakat ini, berpuluh ribu penduduk Somalia dilaporkan sudah meninggal dunia akibat kemarau terburuk yang melanda Afrika Timur dalam masa 60 tahun.

[Berita] Honda Panggil Lebih 40,000 Kenderaan 2006-2008


KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn Bhd akan melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal membabitkan kira-kira 40,456 unit daripada kenderaannya yang dikeluarkan pada 2006 hingga 2008.

Dalam satu kenyataan hari ini, katanya ia sedang memberitahu pemilik model kereta Civic model 2006 hingga 2008, City 2006-2007 dan Jazz 2005 hingga 2007 di bawah kempen mengemas kini produk bagi melaksanakan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini di dalam unit yang terbabit.

“Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian, di mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi para pelanggan walau pun berlaku kecacatan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

[Info] Jadual Waktu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011

JADUAL WAKTU SPM 2011 / SPM TimeTable 2011

“Ambil positif kenyataan Mat Sabu isu Bukit Kepong”

“Ambil positif kenyataan Mat Sabu isu Bukit Kepong”





KOTA BHARU – Kenyataan Mohamad Sabu mengenai isu sejarah Bukit Kepong seharusnya diambil positif oleh Umno terutamanya pemimpin negara dan juga masyarakat kerana ia dinyatakan berdasarkan fakta sejarah sebenar dan bukan hasil idea penjajah.

Ketua Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sepatutnya semua pihak berfikiran terbuka dalam menangani isu itubukan terus melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Timbalan Presiden Pas itu.

Monday, September 5, 2011

[Info] UM among top 200 varsities


PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) is the only Malaysian institution that has made it to the top 200 of the QS World University Rankings 2011/12.

It moved up 40 places to 167 this year compared to 207 in 2010.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) and Universiti Teknologi Malaysia (UTM) have all slid down the rankings (see table).

[Info] Jom blaja bahasa perak. Complete Edition~

teman = saya

mike = awak

kamu=awak

mengkema =engkau orang(ramai)

kome=engkau orang/boleh juga pada sorang atau berdua

(GOSIP)Ally Iskandar Merisik Farah Lee, Pelajar Malaysia Di Korea?


Seperti yang semua sedia maklum, Ally Iskandar telah putus tunang baru-baru ini dengan Nur Aishah. Jadi berita merisik ini sememangnya agak mengejutkan kerana agak cepat ianya berlaku. Namun selaku senior kepada Farah Lee, dengan pantas Abang Nara mesej dan bertanya sama-ada betul atau tidak risikan ini berlaku kepada tuan punya badan.

Mungkin Ini Faktor Hari Raya Tidak Semeriah Dulu

Source: www.justkhai.com

Bila Dia Menjauh, Bila Dia Mengelak..



Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,

Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…

Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,http://www.blogger.com/img/blank.gif
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.

Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.


[SUMBER]

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN