PERMAISURI: Panik melihat kehadiran sebuah kereta peronda polis,
seorang lelaki yang asyik memadu asmara bukan saja merempuh kenderaan
pihak berkuasa terbabit, malah lari meninggalkan teman wanitanya yang
terkial-kial memberikan penjelasan kepada polis mengenai tindakan mereka
itu.
Kejadian berlaku pada jam 1.30 pagi semalam di kawasan parkir dan
rehat di hadapan sebuah kolej swasta di bandar ini ketika pasangan
terbabit memadu asmara di dalam sebuah Perodua Myvi di kawasan berkenaan
tanpa menyedari dua anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah
melihat perbuatan mereka.
Disebabkan terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa berkenaan,
lelaki itu memecut keretanya dan bergesel dengan kereta peronda polis
menyebabkan bumper hadapan kereta peronda itu tercabut.
Pasangan terbabit memecut meninggalkan tempat kejadian menyebabkan
anggota polis terbabit mengejar sejauh satu kilometer sebelum kereta itu
tersadai di bahu jalan akibat satu tayar hadapannya pecah.
Polis membawa pelajar itu bersama kereta teman lelakinya ke Ibu
Pejabat Polis Daerah Setiu, di sini, untuk siasatan lanjut. Pelajar
terbabit dibebaskan selepas keterangannya diambil manakala teman
lelakinya masih menghilangkan diri.
No comments:
Post a Comment