Kalau
dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad
s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di
Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah
memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban
dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun
ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api
neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai
nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran
manusia semasa hidup di dunia.
Justeru,
apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan
kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni
neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun
Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan
juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti
golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa
yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah
golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai
daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka
boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat
tidak lain adalah neraka.
Mengapa
neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah
yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan
pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami
yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung
kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah
membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak
menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana
membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang
ditegaskan oleh al-Quran.
No comments:
Post a Comment