Sunday, September 25, 2011

Seni fotografi zahirkan kreativiti


BAGI memberi peluang pelajarnya mengasah bakat dan menimba pengalaman baru dalam bidang fotografi, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) menganjurkan pameran fotografi, baru- baru ini.
Pameran yang mengete­ngahkan tema Jiwa itu sebagai platform pelajar untuk meneroka potensi sebenar dalam dunia kreatif.

Pensyarahnya, Aneyzam Aiap berkata, sebagai pelajar di sebuah institusi terkemuka yang sangat mementingkan kualiti profesionalisme, menjadi hasrat KLMU untuk melahirkan graduan serba boleh yang mampu menguasai pasaran kerjaya.

Menurutnya, pelajar bukan saja didedahkan dengan akademik malah mencakupi pelbagai aspek sebagai salah satu sasaran melahirkan golongan berkemahiran tinggi dan mempunyai jati diri yang mantap.


“Ia antara usaha dijalankan bagi memberi peluang pelajar menzahirkan kreativiti, idea dan bakat serta membantu mengaplikasikan proses pembelajaran secara praktikal.

“Ia juga menjadi asas kepada penerokaan pengalaman dan ilmu baru, sekali gus memantapkan lagi segala yang dipelajari dalam kuliah. Inilah proses pembelajaran cara baru yang diterapkan KLMU sebagai persediaan melahirkan graduan cemerlang, berdaya saing dan berkemahiran,” katanya.

Gambar yang diambil meliputi pelbagai jenis subjek antaranya masyarakat, manusia dan alam semula jadi.

Mengamalkan segala yang dipelajari, pelajar jurusan multimedia, Nurul Farhana Zainoldin cukup teruja untuk menunjukkan kemahirannya dalam dunia kreatif.

“Saya beranggapan ia sesuatu yang mudah, namun sebaliknya kerana pameran ini sangat mementingkan daya kreativiti tinggi pelajar. Saya perlu banyak meneroka untuk memperoleh hasil gambar yang baik.

“Bagaimanapun, ia satu pengalaman menarik kerana banyak boleh dipelajari terutama mengenai teknik penggambaran. Saya cukup gembira dan berharap mampu meneruskannya hingga pering­kat kerjaya pula,” katanya.

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN