KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.
Menurutnya, ketika isterinya menjalani imbasan di Hospital Kemaman kira-kira enam bulan lalu, doktor memberitahu zuriatnya itu kembar siam sebelum mereka mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu.
Kata penjual ikan di Kemaman itu, walaupun doktor di HSNZ masih belum membuat sebarang diagnosis penuh keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya itu perlu menjalani pembedahan pada masa depan.
“Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat, begitupun saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka,” katanya.
Menurutnya, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bergabung tidak seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun.
“Saya terima dugaan ini sebagai takdir tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup untuk kehidupan sederhana kami sekeluarga,” katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ.
“Saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor menentukan bila masa sesuai bayi itu akan dibedah,” katanya yang mengalukan sumbangan individu dan syarikat untuk menghubunginya di talian 012-9551435.-Harian Metro
No comments:
Post a Comment