Tuesday, September 6, 2011

“Ambil positif kenyataan Mat Sabu isu Bukit Kepong”

“Ambil positif kenyataan Mat Sabu isu Bukit Kepong”





KOTA BHARU – Kenyataan Mohamad Sabu mengenai isu sejarah Bukit Kepong seharusnya diambil positif oleh Umno terutamanya pemimpin negara dan juga masyarakat kerana ia dinyatakan berdasarkan fakta sejarah sebenar dan bukan hasil idea penjajah.

Ketua Muslimat Pas Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, sepatutnya semua pihak berfikiran terbuka dalam menangani isu itubukan terus melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Timbalan Presiden Pas itu.

“Kenyataan Mat Sabu mengenai isu sejarah Bukit Kepong itu untuk membuka pemikiran pemimpin tanah air, masyarakat dan rakyat untuk supaya sedar peranan penjajah yang memutarbelitkan fakta sejarah sebenar.

“Beliau bercakap berdasarkan fakta dan perkara itu perlu dilihat dari sudut positif. Kenyataan Mat Sabu juga memberi cetusan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai fakta sejarah sebenar yang ditutup penjajah selama ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu sejarah tanah air harus diteliti dengan mendalam dan bukannya diambil terus dari tulisan penjajah demi mencerminkan kebaikan yang dilakukan British sehingga fakta sebenar disorok kepada rakyat.

Tuduhan sesetengah pihak yang menyatakan Mat Sabu buta sejarah, pro komunis dan sebagainya disangkal kerana katanya, ramai lagi pemimpin Umno yang buta http://www.blogger.com/img/blank.gifsejarah dan hanya mengikut apa sahaja yang dikatakan penjajah.

Siti Zailah berkata, masyarakat sekarang yang bijak menilai sepatutnya berpendirian kritis dan terbuka dalam isu itu kerana ia dinyatakan berdasarkan fakta yang betul dan bukannya dari kaca mata British.

“Fakta sejarah salah satu cara penjajahan pemikiran oleh British terhadap rakyat kita sehingga kini masyarakat masih percaya apa sahaja yang ditulis oleh mereka.

“Oleh itu pemimpin Umno diingatkan supaya tidak memperbesarkan isu kenyataan Timbalan Presiden Pas itu semata-mata untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu lain yang lebih serius seperti daftar pemilih yang dipesongkan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya,” katanya

[SUMBER]

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN