Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu terhadap Fahmy Ameer Mohd Raf, 36, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes itu.
Bagi setiap pertuduhan, Ahmad Zamzani menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau, penjara enam bulan jika gagal membayar denda, dan memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak.
Mengikut semua pertuduhan itu, Fahmy Ameer menerima nilai sama RM432.61 antara 12 September 2005 dan 15 Jun 2006 untuk bayaran ansuran keretanya daripada pemilik Syarikat Enrich Ford Sdn Bhd, Mohd Sharid Md Salleh.
Bayaran itu sebagai balasan supaya tidak menghalang syarikat itu mendapatkan kerja daripada Proton. Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 5, Wisma Nusantara, Jalan Puncak, Off Jalan P Ramlee di sini.
Terdahulu, peguam Shahrul Nizam Azwir mewakili Fahmy Ameer, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kepada anak guamnya kerana tertuduh merupakan pesalah pertama dan menyara isteri serta dua anaknya masing-masing berusia enam tahun dan lapan bulan.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azuan Adzhar. - Bernama
No comments:
Post a Comment