Asal Usul Seluar Jeans
Pernah tidak terlintas kenapa seluar
jeans selalu ada
saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sebenarnya saku kecil ini tak
ada fungsinya selain hanya tempelan untuk menambah gaya pemakainya, atau
mungkin ciri khas seluar
jeans. Namun, dari saku ikecil inilah
sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi
Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas
jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.
Sebagai jenis tekstil,
jeans
pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560 -an. Kain seluar ini
biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini
dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa. Meski tekstil
ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai
fasyen,
jeans dipopularkan di AS oleh
Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu
peruntungannya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS
sedang dilanda demam emas.
Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali
sebuah khemah yang diperbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini
dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para
pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana
seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak.
Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan
menempah bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah
menjadi “Blue Jeans”. Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar
buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para
pelombong . Para penambang emas itu menyebut seluar Strauss dengan
“those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang
memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia. Naluri
perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak usahawan berjaya Jakob
Davis untuk bekerjasama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan
kilang seluar jeans pertama.
Jeans tertua di dunia masih ada sampai sekarang, menurut “XX”, jeans
Levi’s ® ini dibuat pada 1879 dan disimpan di dalam suatu tempat yang
tahan api di dalam Arsip Levi Strauss & Co di San Francisco. Hari
ini, jeans itu harganya lebih dari $150,000
Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “.
Produk reka bentuk pertama memang dikhususkan bagi para pelombong emas.
Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku
kecil dalam saku depan sebelah kanan.
Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk
bergaya. Tetapi saku kecil ini direka untuk menyimpan butiran-butiran
emas yang bersaiz kecil. Meski kini jeans dihasilkan dalam pelbagai
tanda dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku kecil itu tetap
ada. Tentu saja fungsinya bukan sebagai tempat menyimpan butiran emas.
Sumber :
Apacerita