Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah yang boleh kita jadikan teladan bersama, bagaimana seorang
gadis yang mempertikaikan hukum Allah SWT diberi balasan serta merta..
Pada suatu hari, seorang
gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian
gadis
tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir
terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan
20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban
menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang
baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki.. ” nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh
gadis
itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah
kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan
bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku
berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan
tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci
syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku
bakal berada di syurga atau neraka?”
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang
tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR,
tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah
serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya
lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si
gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan
perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam
malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas
tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama
itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi
bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.
Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para
penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam
suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut.
Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah
yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah
dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga
kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik
saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak
keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan
Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan
hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau
mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap
akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila
kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh,
siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan
Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan
bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam
pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara
anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga
terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila
anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman
laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah
sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia
memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita,
amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya
sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.. –
MANAR ISLAM