Sunday, October 23, 2011

Pejalan Kaki Tampil Beri Penjelasan


GUANGZHOU – “Cuaca gelap dengan hujan lebat. Saya tidak nampak apa-apa di jalan,” itu penjelasan Chen, salah seorang daripada 18 orang yang dikritik hebat kerana gagal menghulurkan bantuan kepada budak berusia dua tahun, Yue Yue yang terbaring layu dalam keadaan berlumuran darah selepas menjadi mangsa langgar lari dua buah kenderaan di sini, Khamis lalu.
Dalam rakaman kamera pengawasan, Chen merupakan orang yang ke-16 melalui jalan tersebut.
Chen membuat kejutan dengan muncul di wad rawatan rapi (ICU), Khamis lalu di mana ketika Yue Yue sedang bergelut untuk hidup.
Kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dunia, awal pagi semalam selepas tidak sedarkan diri sejak kemalangan itu.
Menurut Chen, dia tidak nampak Yue Yue kerana keadaan cuaca buruk.
“Ketika itu saya sedang mencari anak perempuan saya, jadi saya tidak menyedari dia terbaring di situ,” katanya.
Chen dan isterinya memiliki sebuah kedai menjual barangan alat pemanas air yang terletak kira-kira tujuh meter dari tempat kejadian.
“Sejak kejadian itu, kami menerima pelbagai kritikan dan panggilan telefon. Mereka mempersoalkan kenapa suami saya tidak menghulurkan bantuan,” kata isteri Chen yang turut memaklumkan mereka menerima ugutan supaya menutup kedai tersebut.
Sejak kejadian berkenaan, perlbagai pihak menghulurkan bantuan kepada keluarga budak malang itu untuk bayaran perubatannya.
Malah bapanya dilaporkan menerima sumbangan 270,000 yuan yang didermakan oleh pelajar dan rakyat China yang menetap di luar negara.

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN