GUANGZHOU – “Cuaca gelap dengan hujan lebat. Saya tidak nampak apa-apa di jalan,” itu penjelasan Chen, salah seorang daripada 18 orang yang dikritik hebat kerana gagal menghulurkan bantuan kepada budak berusia dua tahun, Yue Yue yang terbaring layu dalam keadaan berlumuran darah selepas menjadi mangsa langgar lari dua buah kenderaan di sini, Khamis lalu.
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Sunday, October 23, 2011
Pejalan Kaki Tampil Beri Penjelasan
GUANGZHOU – “Cuaca gelap dengan hujan lebat. Saya tidak nampak apa-apa di jalan,” itu penjelasan Chen, salah seorang daripada 18 orang yang dikritik hebat kerana gagal menghulurkan bantuan kepada budak berusia dua tahun, Yue Yue yang terbaring layu dalam keadaan berlumuran darah selepas menjadi mangsa langgar lari dua buah kenderaan di sini, Khamis lalu.
Thursday, September 29, 2011
[Berita] Tak sempat lihat anak berjaya
Tak sempat lihat anak berjaya
KOTA BHARU - “Saya rasa ralat, bersalah dan sayu
apabila bapa yang amat disayangi maut ketika mengambil saya pulang dari
matrikulasi di Kedah,” kata anak kepada mangsa kemalangan, Nurul Isma,
Ismail, 19.

[Berita] Akibat gagal berhenti di bulatan
Akibat gagal berhenti di bulatan
RANTAU PANJANG – Dua warga emas mangsa terbaru kemalangan di bulatan Kampung Parit Air yang merupakan kawasan kerap berlaku kemalangan kira-kira jam 10.45 pagi kelmarin.

RANTAU PANJANG – Dua warga emas mangsa terbaru kemalangan di bulatan Kampung Parit Air yang merupakan kawasan kerap berlaku kemalangan kira-kira jam 10.45 pagi kelmarin.
[Berita] Pelajar UiTM mati lemas
Pelajar UiTM mati lemas
MACHANG - Hasrat 13 pelajar Universiti Teknologi Mara
(UiTM) cawangan Kelantan di sini, berkelah di Jeram Linang, tengah hari
semalam berakhir tragedi apabila seorang rakan mereka mati lemas.

[Berita] Suratan Takdir
KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.
Friday, September 9, 2011
Proton Bakal Perkenal Espire Tahun Hadapan?

KUALA LUMPUR –Proton Holdings Berhad (Proton) dijangka melancarkan model kereta jenis sedan terbaru yang diberi nama ‘Proton Espire’ pada awal tahun depan.
Sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, mynewshub.my mendapat maklumat dari Ketua Eksekutif Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohammad Tahir, yang menyatakan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model baru pada Februari 2012.
GEMPAR!!! – Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mulai 15 Sept

KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
Thursday, September 8, 2011
Pelajar dakwa dinodai teman lelaki beri pil khayal
KAJANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dirogol rakan lelakinya, pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16 Ogos lalu dan kejadian itu hanya dimaklumkan kepada guru di sekolahnya, kelmarin.
Kami Sedia Berperang Dengan Malaysia – Lee Kuan Yew
Tuesday, September 6, 2011
[Berita] Suami Berang Pijak Perut Isteri Hamil
GOMBAK: Berang tindakan isteri yang mengandung lima bulan menegur selepas tidak pulang ke rumah dua hari menyebabkan seorang lelaki membelasah dan menendang perut isterinya itu dalam satu kejadian di rumah mereka di Kampung Nakhoda, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa berusia 27 tahun dan belum tidur kerana menunggu suaminya menegur lelaki itu agar berubah demi masa depan mereka sebaik pulang ke rumah, tambahan pula tidak lama lagi akan bergelar bapa.

[Berita] Pemandu Bas Dipukul Selepas Kemalangan
IPOH – Pemandu sebuah bas ekspres diserang sekumpulan lelaki dan wanita sejurus selepas bas berkenaan terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini, semalam.
Kumpulan dua lelaki dan dua wanita berkenaan turut menyerang pemandu kedua bas berkenaan selain memecah cermin tingkap bas dalam kejadian pada kira-kira 7.30 petang itu.
Seramai 25 penumpang berada dalam bas ekspres yang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand ke Kuala Lumpur itu.

[Berita] Mara lahirkan 62,586 usahawan

MAJLIS Amanah Rakyat Malaysia (Mara) komited untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan Bumiputera dengan setakat ini sudah berjaya melahirkan seramai 62,586 usahawan membabitkan peruntukan pembiayaan perniagaan berjumlah RM1.9 bilion.
Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan Mara, Mohd Rosdi Ismail berkata, melalui program Mara, pihaknya yakin dapat membimbing usahawan Bumiputera sedia ada dan baru supaya dapat diketengahkan bukan saja di pasaran tempatan tetapi juga di peringkat global.
[Berita] Honda tarik balik Civic, City, Jazz
Babit 40,456 unit kenderaan keluaran 2005 hingga 2008
HONDA Malaysia Sdn Bhd memanggil semula 40,456 unit kenderaannya yang dikeluarkan antara 2005 hingga 2008 bagi melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal.
Model yang terbabit dalam ‘Kempen Mengemas Kini Produk’ membabitkan pemeriksaan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini itu ialah Civic keluaran 2006-2008, City (2006-2007) dan Jazz (2005-2007).
[Berita] Beberapa Negeri Turut Rasai Gegaran

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini yang gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung.
[Berita] Upah simbah madu dengan asid
TEMERLOH: Akibat cemburu buta, seorang wanita melecur di muka selepas disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali yang diupah madunya dalam kejadian di Tanjung Kerayong, dekat sini, pada 30 Ogos lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa berusia 27 tahun dan berasal dari Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap, melecur di muka, tubuh dan tangan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), dekat sini, untuk menerima rawatan.
Sebelum kejadian, mangsa berada di rumah abangnya selepas pulang dari pasar malam dihampiri seorang lelaki tidak dikenali sebelum suspek menyimbah sejenis cecair pada muka mangsa.

[Berita] 'Saya tak pernah kata begitu'
'Saya tak pernah kata begitu'
2011/09/06
Bekas Perdana Menteri Singapura nafi sifatkan Islam agama berbisa
SINGAPURA: Bekas pemimpin Singapura yang lantang bersuara, Lee Kuan Yew, semalam menafikan yang beliau menggelar Islam sebagai ‘agama berbisa’ mengikut apa yang terkandung dalam kabel diplomatik Amerika yang dibocorkan oleh WikiLeaks.
Satu daripada ratusan kabel dari Kedutaan Amerika di Singapura didedahkan memetik Lee sebagai menyifatkan Islam sebagai agama berbisa dalam pertemuannya dengan Senator Hillary Clinton pada 2005.
“Ini adalah pembohongan,” kata Perdana Menteri pertama Singapura yang berusia 87 tahun itu yang juga ahli politik veteran dalam satu kenyataan.

Somalia – 750,000 Saudara Islam Kita Berisiko Mati Kebuluran

Mogadishu - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran angka kematian akibat krisis kebuluran di Somalia akan mencecah 750,000 orang susulan kemarau terburuk yang melanda negara miskin itu dalam beberapa bulan akan datang.
Setakat ini, berpuluh ribu penduduk Somalia dilaporkan sudah meninggal dunia akibat kemarau terburuk yang melanda Afrika Timur dalam masa 60 tahun.
[Berita] Honda Panggil Lebih 40,000 Kenderaan 2006-2008

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn Bhd akan melaksanakan ujian dan langkah pencegahan awal membabitkan kira-kira 40,456 unit daripada kenderaannya yang dikeluarkan pada 2006 hingga 2008.
Dalam satu kenyataan hari ini, katanya ia sedang memberitahu pemilik model kereta Civic model 2006 hingga 2008, City 2006-2007 dan Jazz 2005 hingga 2007 di bawah kempen mengemas kini produk bagi melaksanakan langkah pencegahan daripada isu teknikal yang tidak diingini di dalam unit yang terbabit.
“Ini adalah panggilan awal bagi dilakukan pemeriksaan dan penggantian, di mana kami percaya dapat mengekalkan prestasi produk yang terbaik bagi para pelanggan walau pun berlaku kecacatan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.
Saturday, August 27, 2011
[Sukan] Safiq Rahim Bakal Menyarung Jersi Cardiff City

Kapten skuad bola sepak kebangsaan Malaysia iaitu Safiq Rahim dikatakan bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.
Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.
Thursday, August 25, 2011
Gara-Gara Orang Minyak
COLOMBO: Polis semalam melancarkan operasi menangkap besar-besaran di utara Sri Lanka selepas penduduk bertempur dengan tentera yang dituduh melindungi pesalah seks yang digelar ‘orang minyak.’
Sekurang-kurangnya 102 orang ditahan di wilayah Jaffna apabila penduduk menyerang dua kenderaan tentera sebagai membantah tindakan tentera melindungi pesalah seks itu.
‘Orang minyak’ adalah gelaran yang merujuk kepada lelaki yang menyelinap masuk ke rumah orang lain untuk mencabul wanita yang tidur.
Mereka didakwa menyapu minyak pada seluruh tubuh bagi mengelak daripada ditangkap.

Subscribe to:
Posts (Atom)