Tuesday, September 6, 2011

[Berita] Mara lahirkan 62,586 usahawan



MAJLIS Amanah Rakyat Malaysia (Mara) komited untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan Bumiputera dengan setakat ini sudah berjaya melahirkan seramai 62,586 usahawan membabitkan peruntukan pembiayaan perniagaan berjumlah RM1.9 bilion.

Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan Mara, Mohd Rosdi Ismail berkata, melalui program Mara, pihaknya yakin dapat membimbing usahawan Bumiputera sedia ada dan baru supaya dapat diketengahkan bukan saja di pasaran tempatan tetapi juga di peringkat global.


“Pada tahun ini, kami menyasarkan untuk menyalurkan kira-kira RM244 juta dan setakat ini 50 peratus daripadanya sudah pun disalurkan kepada usahawan yang memohon serta yakin lebih ramai akan mendapat manfaat daripada program pembiayaan yang kami disediakan.

“Mara memberi tumpuan kepada tiga skim pembiayaan utama iaitu skim pembiayaan komersial, skim pembiayaan kontrak ekspres (SPiKE) dan skim pembiayaan jaminan usahawan Mara (SJUM) bagi memberi kemudahan kewangan kepada usahawan Bumihttp://www.blogger.com/img/blank.gifputera yang memerlukan,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) HalFest Malaysia 2011 antara Shapers Malaysia Sdn Bhd dan CIMB Islamic Bank di Kuala Lumpur, semalam.


Mohd Rosdi berkata, pihaknya juga akan memilih 150 usahawan di bawah Mara yang benar-benar layak terutama produk yang diiktiraf serta berkualiti untuk menyertai HalFest yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 12 hingga 16 Oktober ini.

SUMBER - Harian Metro

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN