Tuesday, September 6, 2011

Somalia – 750,000 Saudara Islam Kita Berisiko Mati Kebuluran


Mogadishu - Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran angka kematian akibat krisis kebuluran di Somalia akan mencecah 750,000 orang susulan kemarau terburuk yang melanda negara miskin itu dalam beberapa bulan akan datang.

Setakat ini, berpuluh ribu penduduk Somalia dilaporkan sudah meninggal dunia akibat kemarau terburuk yang melanda Afrika Timur dalam masa 60 tahun.

Krisis yang semakin meruncing itu juga memaksa PBB mengisytihar enam lagi kawasan di negara berkenaan, yang kebanyakannya dikuasai pemberontak Al-Shabab sebagai con kebuluran.

Menurut jurucakap unit analisis kawalan makanan dan khasiat PBB, (FSNAU) , seramai 4 juta penduduk di seluruh Somalia berdepan dengan ancaman kebuluran itu dengan sebahagian daripada mereka adalah kanak-kanak.

Selain Somalia, jirannya, Djibouti, Eritrea, Habsyah, Kenya dan Uganda juga menerima nasib yang sama dilanda krisis akibat kekurangan hujan.

Walaupun jika hujan melanda kawasan berkenaan pada October atau November, penduduknya tetap memerlukan bantuan makanan untuk beberapa bulan sehingga hasil tanaman boleh dituai.

Bagaimanapun disebabkan ancaman daripada pemberontak, bantuan makanan sukar disalurkan terutama di kawasan yang dikuasai kumpulan berkenaan.

Malah kebanyakan wilayah yang dikuasai oleh Al-Shabab itu merupakan kawasan yang teruk dilanda krisis berkenaan, sekali gus menghalang bantuan kemanusiaan daripada sampai ke tempat tersebut.

Al-Shabab menolak bantuan itu kerana mendakwa barat sengaja memperbesarkan isu tersebut demi kepentingan politik.

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN