Friday, September 9, 2011

Proton Bakal Perkenal Espire Tahun Hadapan?



KUALA LUMPUR –Proton Holdings Berhad (Proton) dijangka melancarkan model kereta jenis sedan terbaru yang diberi nama ‘Proton Espire’ pada awal tahun depan.

Sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, mynewshub.my mendapat maklumat dari Ketua Eksekutif Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohammad Tahir, yang menyatakan bahawa pihaknya akan melancarkan sebuah model baru pada Februari 2012.

Meskipun beliau enggan memberikan sebarang gambaran langsung mengenai model tersebut, kami menjangkakan bahawa Espire adalah model yang dimaksudkan itu.

Proton Bakal Perkenal Espire Tahun Hadapan?

Dengan rekabentuk sedan yang lebih aerodinamik, model percubaan Proton Espire sudah kelihatan di jalan raya bagi tujuan pandu uji dan menurut sumber, ia bakal menggantikan model Proton Persona yang dilancarkan pada 15 Ogos 2007.

Proton Bakal Perkenal Espire Tahun Hadapan?

Sebelum ini, prototaip bagi model konsep Proton Tuah pernah dipertontonkan oleh Proton di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) yang berlangsung pada Disember, tahun lalu.

Meskipun model konsep Proton Tuah yang dipamerkan tersebut diperbuat dari tahttp://www.blogger.com/img/blank.gifnah liat, Proton turut menyertakan beberapa spesifikasi model itu kepada orang ramai.

Espire dipercayai diilhamkan daripada Proton Tuah.

Antara spesifikasi yang menarik adalah lampu belakang LED yang kelihatan lebih ‘sporty’ dan cermin bumbung fotokromatik yang mampu menggelapkan cermin kenderaan pada suhu-suhu tertentu.

Bagaimanapun, Proton belum lagi membuat kenyataan rasmi berkenaan spesifikasi sebenar yang akan disertakan pada Proton Espire dan bila ia akan dilancarkan.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN