Monday, September 5, 2011

[Fakta] Mengapa Wanita Lebih Cepat Tua Dari Lelaki


Wanita rajin memakai pelembab untuk menahan kulit keriput terlalu awal. Tapi kulit wanita masih juga lebih cepat terlihat tua berbanding lelaki padahal lelaki jarang memakai pelembab.


Sebelumnya penyelidik sudah menduga hal ini sejak lama, namun kajian ini menunjukkan bukti yang lebih saintifik. Dalam Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad nahai, seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit wanita.

[Agama] Hukum Mewarnakan Rambut



Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.

[Video] Lawak Rooney... Tolong Jangan Buat Muka Comel!!



P/S: Hahaha..... memang lawak dan kreatifff..... :))

9 Wanita Yang Perlu Dijauhi Oleh Lelaki


Apa yang dibincangkan pada hari ini ialah, ciri-ciri wanita yang patut dijauhi oleh lelaki, selalu kita dengar kita lelaki diberi gelaran yang macam-macam seperti seorang yang ego dan wanita pula digambarkan sebagai seorang yg lemah lembut

tapi itu dulu, zaman berubah orang pun berubah, so pada masa sekarang kita kena berhati-hati dalam memilih pasangan so pada hari ini nak kongsi dengan korang 9 jenis wanita yang patut dijauhi oleh lelaki

1. Bercinta kerana harta

Tidak ada gunanya hidup dilimpahi dengan harta tetapi tanpa cinta. Harta datang dan pergi setiap saat. “Cinta” yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.

2. Bercinta kerana perasaan asmara

Rasa tertarik dan simpati merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.

3. Bercinta kerana desakan usia

Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan kamu mula gelisah (terutama pada wanita). Akhirnya asal sahaja ada yang datang kamu terima tanpa memikirkan faktor-faktor lain. Hindarilah tindakan tersebut. Tawakal dan yakinilah bahawa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk kamu. Jadi usahalah untuk mencarinya…

4. Bercinta untuk membalas jasa

Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas budinya, tetapi jangan dengan cinta. Harus sentiasa diingat, jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan. Daripada mengundang derita, lebih baik mengelaknya. Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk membalas budi jangan memaksa diri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita.

5. Jangan menikah untuk kepuasan seks saja

Memang seks suci dan penting dalam hubungan suami-isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pemikahan. Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.

6. Jangan menikah kerana paksaan keluarga

Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar. Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.

7. Jangan menikah kerana desakan usia

Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya “asal tabrak dan sikat.” Hindarilah tindakan

Sabarlah dan yakinilah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda. Jangan takut kehabisan jatah dan kadaluarsa.

8. Jangan menikah kerana rasa kasihan

Rasa kasihan memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan.

Tuesday, August 30, 2011

[Video] Upin & Ipin - Suasana Di Hari Raya [Official Video]

Sempena Hari Lebaran ini Woot!! Creative dengan berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Monday, August 29, 2011

Isu Panas: Pelajar IPTA & IPTS Diharam Memakai Tudung????

Perghhhhh confirm akan jadi isu panas tak lama lagi. Rasanya bukan dalam Malaysia jer akan panas. Silap-silap seluruh dunia akan jadi kecoh pasal isu nie. Adoiyaiiiii!!! Pelajar IPTA & IPTS diharamkan pakai tudung. Biar betik???? Aku pun tak tahu ler nak cakap macam mana. Apa ke bengong ada Ahli Parlimen yang setuju ngan usul nie??? Korang baca ler sendiri sure korang pun akan hangin. Bila nak piliharaya nie? Rakyat harus bertindak singkirkan semua Ahli Parlimen yang mangkuk nie.

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di Hospital Selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah Kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.

Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.
Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah.

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;

dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.



Hahahahaha aku pun terkono.....korang jangan marah ngan aku lak ek....sempena Aidilfitri yang bakal menjelma nie apa kata kita bermaafan hehehehehe......buang yang keruh amik yang jernih kekekekeke.....akhirnya korang terkono gak macam mana aku terkona hahahahaha......siot jer sapa yang buat artikel nie....kalau betul-betul mau huru-hara satu Malaysia.

Selamat Menyambut Aidilfitri & Selamat Merdeka.

Saturday, August 27, 2011

[Info Agama] Beruntungnya Seorang Wanita Yang Ada Rahim Ini Ialah:

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi ‘kilang ‘manusia.Tiap-tiap bulan
dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati

tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki
tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

[Sukan] Safiq Rahim Bakal Menyarung Jersi Cardiff City


Kapten skuad bola sepak kebangsaan Malaysia iaitu Safiq Rahim dikatakan bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.

Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.

[Motivasi] Kisah Facebook...alahaii~~


Sekadar Gambar Hiasan

Elly bangun tidur. Terus ke meja study. On laptop. Password : ****** ~~~~~~~~ Welcome Cursor di arah ke YouCam. “nak snap pic dulu la. Muka baru bangun tidor..yeeaaahh!!” Klik..klik..klik… Save in…’aku cute’ folder.

Friday, August 26, 2011

Informasi] Info Mengenai Tayar Kereta Anda



Periksa pada bahagian dinding tayar dan anda akan dapati ada nombor tertera seperti berikut:
215/65 R 15 89H

[Artikal] Raya Di Alam Digital



Sempena bulan Ramadan, Syah Ismail menulis mengenai ucapan Hari Raya- dulu dan sekarang

​​Adakah anda masih ingat zaman apabila kad-kad Raya mengisi peti surat dan mercun-mercun masih dibenarkan?

[Motivasi] Bagaimana Bercinta Cara Islam


Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

[Informasi] hare71 Lina Medina; Ibu Termuda di Dunia, Melahirkan di Usia 5 Tahun



Mendengar seorang berusia lima tahun mengandung rasanya mustahil. Tapi kisah itu nyata menimpa seorang anak asal Peru bernama Lina Medina.

Peristiwa berlaku pada awal tahun 1939. Kala itu, Lina yang tinggal di kaki bukit Andes terpaksa dibawa ke hospital kerana bahagian perut dan payudara terus membesar di usianya yang masih lima tahun.

[Informasi] Asal Usul Kasanova




Perkataan "kasanova" memang cukup fobia bagi orang perempuan kerana ia melambangkan jenis lelaki yang kaki perempuan dan suka mempermainkan perasaan perempuan. Tetapi tahukah anda perkataan kasanova atau dalam bahasa Inggeris "casanova" itu di ambil daripada nama seorang pengembara Itali iaitu Giovanni Giacomo Casanova.

[Video] Kisah Disebalik Air PEPSI



P/S: Air yang berasal dari negara Yahudi ini tidak lain dan tidak bukan untuk merosakkan orang Islam

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN