Wednesday, August 24, 2011

[Berita] Kesalahan libat mercun menahan 23 orang lagi

KUALA TERENGGANU, (Bernama) - Sebanyak 23 orang ditahan di Terengganu dalam tempoh tiga minggu sepanjang Ramadan ini kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan mercun dan bunga api.


Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, daerah Kuala Terengganu mencatatkan tangkapan paling tinggi iaitu tujuh orang, Besut dan Marang masing-masing lima orang, Dungun (tiga) Setiu (dua) dan satu di Kemaman.

Katanya daripada jumlah tangkapan itu, 21 orang adalah lelaki, manakala dua lagi wanita dan 20 daripada mereka telah pun didakwa di mahkamah.

“Pihak polis bertegas ia boleh membawa kepada tragedi yang lebih teruk seperti kecacatan dan kematian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua didakwa di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Menurutnya polis menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah masing-masing telah meluluskan 12 permit untuk menjual hanya dua jenis buang api iaitu ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’.

Sebanyak enam permit telah dikeluarkan di Daerah Dungun, Marang (empat) serta Kuala Terengganu (dua) dan peniaga terbabit sentiasa dipantau pihak polis semasa menjalankan rondaan Ops Payung bagi mengelakkan mercun dan bunga api yang dilarang tihttp://www.blogger.com/img/blank.gifdak dijual.

Katanya polis akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan tiada sebarang kegiatan menjual dan membakar mercun berlaku sempena musim perayaan ini.

“Walaupun kita yakin kes berkaitan mercun ini menurun berbanding tahun lalu, polis juga tidak akan teragak-agak untuk bertindak jika mendapati orang ramai melakukan perbuatan menjual dan membakar mercun," katanya.

[SUMBER]

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN