Friday, August 26, 2011

[Informasi] Somalia….Antara Derita Dan Airmata



Tahukah anda, di saat kita sedang menjamah juadah berbuka puasa bersama keluarga, baik di rumah mahu pun di hotel-hotel mewah, hampir 3.2 juta atau sepertiga rakyat Somalia yang seagama dengan kita kini sedang berada di ambang maut kerana berhadapan dengan masalah kebuluran dan perubatan.

Sehingga artikel ini ditulis, sudah 30,000 kanak-kanak di negara itu meninggal dunia dan 600,000 kini menunggu saat untuk ‘dijemput pergi’

Untuk rekod, Somalia merupakan sebuah negara yang berkeluasan 640,000 kilometer (km) persegi atau hampir dua kali ganda keluasan Malaysia.

Bagaimanapun penduduknya cuma mempunyai 9.4 juta penduduk.

Kawasan yang paling teruk dilanda kebuluran adalah di bahagian tengah dan selatan negara itu di mana bekalan makanan dan perubatan boleh dikatakan TIADA LANGSUNG di situ.

Lebih memburukkan keadaan, Somalia tidak pernah mempunyai kerajaan pusat.

Negara itu dilanda perang saudara sejak 1991 apabila Mohamed Said Barre yang berkuasa sejak 1969 digulingkan.

Negara padang pasir itu mempunyai 18 wilayah dan beberapa wilayah mempunyai kuasa autonomi sendiri seperti Puntland dan Somaliland.

Pemerintahan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa ialah Kerajaan Persekutuan Transisional (TFG) yang ditubuhkan pada 2004 yang hanya berkuasa di beberapa kawasan Mogadishu dan kawasan tengah Somalia saja.

Dari segi pentadbiran, TFG ada cabang eksekutif dan perundangan dengan diketuai oleh Presiden Sharif Ahmad dan dibantu oleh Perdana Menteri, Abdiweli Mohamed Ali.

Konflik yang berlaku di Somalia bertumpu kepada pertentangan bersenjata antara puak yang dikenali dengan nama Al Shabab dengan pemerintahan TFG yang mendapat sokongan Barat.

Somalia juga terkenal dengan aktiviti lanun samudera.

Mengikut Biro Maritim Antarabangsa (IMB), lanun sudah menahan 42 kapal besar bersama 815 tebusan.

Lanun Somalia pernah mengenakan wang tebusan sehingga AS$8 juta sebuah kapal, menggunakan bot laju berkuasa tinggi dan berkeupayaan menahan kapal sejauh 1,800 kilometer dari pantai Afrika.

Jumlah kerugian kepada agensi perkapalan dan insurans dunia dianggarkan sebanyak AS$10 bilion setahun.

Dalam erti kata lain, Somalia ada segala-galanya – kemiskinan, kebuluran, peperangan, kemarau, pengganas, penyakit, puak dan ketiadaan institusi pentadbiran.

Di samping itu, negara Islam itu digam pengganas oleh Amerika akibat adanya sekumpulan militan di dalamnya.

PBB juga mengikut resolusi 733 mengenakan sekatan ke atas Somalia sejak 1992.



Keadaan ini menyulitkan sebarang proses bantuan kemanusiaan.

Baik, persoalannya, adakah kita hanya mahu memeluk tubuh dan melihat saja saudara seagama kita di sana ‘pergi’ begitu saja tanpa berbuat sesuatu?

Sehubungan itu Wisma Putra sangat mengalu-alukan penglibatan dan penyertaan orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa.

Sumbangan boleh disalurkan melalui cek ke Kementerian Luar Negeri atas nama

“Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri” dan dialamatkan kepada:Ketua Akauntan, Kementerian Luar Negeri, Tingkat 2, Bangunan WP2 No. 1, Jalan Wisma Putra, 62602 Putrajaya atau boleh menghubungi talian 03-88874251 atau 03-88892924.

Sumbangan secara tunai pula boleh dihantar terus di dalam sampul surat ke kaunter khas bersebelahan Seksyen Konsular di Wisma Putra atau ke Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di Jalan Wisma Putra.

Penyumbang layak dipertimbangkan untuk pengecualian cukai di bawah Akta Cukahttp://www.blogger.com/img/blank.gifi Pendapatan 1967 dan resit rasmi akan dikeluarkan.

Ingatlah pengertian hadis yang menyebut - ‘Sesungguhnya umat Islam itu ibarat satu tubuh, jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya.

Persoalannya, apakah kita masih beriman dengan ayat ‘Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara’?.

Wallahualam, tepuk dada, tanyalah selera . (Mynewshub.my)

[SUMBER]

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN