Friday, August 19, 2011

David Villa menghina Islam!! Tahniah Mesut Ozil...

Tindakan David Villa menghina Islam semasa perlawanan akhir Super Cup memang suatu tindakan yang kurang profesional bagi pemain bertaraf antarabangsa. Insiden berlaku setelah Marcello lakukan terjahan keras terhadap Fabregas dan menyebabkan semua pemain dan staff kedua-dua pasukan terpaksa masuk campur. Dikatakan bahawa pemain Barcelona iaitu David Villa telah menghemburkan kata-kata penghinaan terhadap Islam kepada Mesut Ozil menyebabkan kedua pemain ini bertengkar dan akhirnya kedua pemain ini dilayangkan kad merah.



Perlawanan akhir antara Real Madrid dan Barcelona berkesudahan dengan Barcelona berjaya menundukkan Real Madrid dengan 3-2.






=======================================================================================

Komen Admin :

Amat kecewa dengan tindakan David Villa yang menghina agama lain yang disifatkan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam bola sepak profesional dan bertaraf dunia ini. Walaupun admin peminat Barcelona tapi dalam situasi kali ini admin betul-betul kecewa dengan pemain Barcelona ini dan sebagai umat Islam admin memang menyokong dengan tindakan Mesut Ozil yang mempertahankan ISLAM dan maruah Islam dari terus dihina.

Apapun Admin harap insiden seperti ini tidak berlaku dimasa hadapan sebab setiap team bolasepak ada peminat masing-masing yang berlainan latar belakang budaya, bangsa dan agama so jagalah isu sensetiviti ini.

Sekian.

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN