Friday, September 23, 2011

Tidak mungkin Singapura, Malaysia bercantum, puji usaha Najib tingkat hubungan: Lee Kuan Yew

Tidak mungkin Singapura, Malaysia bercantum, puji usaha Najib tingkat hubungan: Lee Kuan Yew


2011/09/23

SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, berkata tidak mungkin Singapura dan Malaysia akan bercantum pada masa depan.

Bagaimanapun, beliau memuji usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak meningkatkan hubungan dua hala antara kedua buah negara berjiran.
Lee bercakap pada dialog Meja Bulat Sentosa yang diadakan di sebuah hotel di sini petang semalam. Dialog itu dihadiri 400 peserta dari seluruh dunia.
Beliau ditanya oleh seorang rakyat Malaysia jika beliau melihat kedua buah negara boleh menjalin penyatuan dalam soal politik atau ekonomi pada masa depan, memandangkan pertumbuhan Indonesia yang memberangsangkan, lapor sebuah saluran televisyen tempatan Channel NewsAsia.

Lee, yang juga bekas Menteri mentor Singapura berkata, langkah sedemikian tidak mungkin berlaku selepas melalui pengalaman percantuman yang gagal pada 1960-an.

Tetapi beliau memberikan pandangan yang positif berhubung hubungan dua hala dengan merujuk kepada usaha Najib.

Ini termasuk membangunkan wilayah Iskandar di selatan Johor, yang akan menjadi pelengkap kepada pertumbuhan ekonomi Singapura.
"Najib mengutarakan pandangan positif berhubung hubungan dua hala dan keinginan untuk membangunkan selatan Johor, wilayah Iskandar, menggunakan Singapura seakan Shenzhen. Ini bermakna satu set pelengkap tenaga akan dilepaskan, yang akan menyebabkan ia tidak menguntungkan mana-mana pihak jika merenggangkan hubungan," kata Lee.

"Anda mahu pelaburan kami, kami mahu melabur. Dengan melabur, kami tidak mahu timbul sebarang masalah dengan Malaysia dan Malaysia yang mahukan lebih banyak pelaburan tidak akan memberikan masalah kepada kami. Jadi ianya satu kemajuan yang positif," katanya. - BERNAMA

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN