Saturday, September 24, 2011

Masukkan No Pin ATM Terbalik.? [Maklumat Yang Salah]

Pernahkan anda mendapat email, atau sesiapa sahaja yang foward kepada anda yang mengatakan bahawa, "apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti perompak memaksa anda mengeluarkan wang dari bank menggunakan kad ATM anda, dan anda perlu masukkan NO PIN anda secara TERBALIK untuk memanggil polis untuk bantuan kecemasan.?"

Jika anda pernah mendapat email ini, ketahuilah oleh anda semua bahawa maklumat ini adalah TIDAK BENAR.



Sebenarnya email ini sudah alam tersebar, dalam tahun 2006 dan kembali tersebar pada tahun 2009 dengan versi yang sedikit berbeza tetapi merujuk kepada perkara yang sama. dan aku rasa tidak salah untuk aku buat post ini kerana aku beranggapan masih ada yang tidak mengetahuinya.

Cuba anda bayangkan kalau no pin sebenar adalah 1111 atau 2222, kalaulah betul maklumat ini, maka setiap kali pemilik asal hendak keluarkan duit maka polis akan tiba.:)


Contoh lain kalau no pin sebenar 112211 atau 789987 atau pape sahaja jujukan yang memberi nilai yang sama apabila dibaca kedepan atau ke belakang. Kan menjadi satu masalah jika maklumat itu benar.

Owh, satu lagi. Katakan la anda ada pin anda yang sebenar. anda ingat dengan mudah bukan.?adakah anda boleh nyatakan pin anda dalam keadaan terbalik SEKARANG.?cuba anda pikirkan dalam otak anda apakah no pin anda jika diterbalikkan. Ia akan mengambil masa untuk berpikir no pin itu diterbalikkan.

Cuba anda bayang jika dalam situasi yang sebenar, jika sepucuk pistol/ sebilah parang diacukan dikepala anda, adakah anda boleh berpikir apakan no pin anda yang diterbalikkan.?

Oleh itu, jika anda mendapat email seperti ini, abaikan sahaja. Dan tidak perlu anda foward kepada orang lain.Kerana maklumat berkaitan 'terbalikkan no pin jika berlaku kecemasan' adalah TIDAK BENAR..

SELINGAN,
jika anda mengamalkan memasukkan no pin terbalik sebanyak 3 kali, apa yang ada akan dapat adalah: KAD ANDA AKAN DITELAN MESIN ATM..:)

Dan, jika anda masih lagi berasa ragu² dengan maklumat yang aku bagi ini, apa kata anda baca selanjutnya DI SINI

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN