Tuesday, September 6, 2011

[Hiburan] Sinopsis Filem Hantu Bonceng 2011 Official Trailer

Sebuah filem yang bertajuk Hantu Bonceng di bawah naungan Excellent Pictures Sdn. Bhd, arahan Ahmad Idham bakal ditayangkan pada hari raya kedua dan yang jatuh juga pada tarikh kemerdekaan Malaysia iaitu pada 31 Ogos 2011 bersamaan dengan 2 Syawal. Filem yang berdurasi selama 90 minit ini menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat seperti Zizan RajaLawak sebagai Amran, Juliana Evans (Ayu), Jue Aziz (Halimaton), Taiyuddin Bakar (Kunyit) dan ramai lagi. Filem ini semestinya bergenrekan komedi dan juga seram. Tengok pelakon utama pon dah tahu kan? hehe.

Yul kongsikan sekali sinopsis filem tersebut.


Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.





Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.





Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.





Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN