Thursday, August 25, 2011

[Sukan] Tak Minat Arsenal, Spurs

LONDON: Juan Mata mengaku menolak tawaran sertai Arsenal dan Tottenham sebelum memilih menyertai Chelsea.

Andre Villas-Boas berusaha mendapatkan perancang Valencia itu dengan tawaran yang mencecah nilai �25 juta (RM122.7 juta).


Arsenal dan Tottenham sebelum ini dikaitkan dengan penyerang berusia 23 tahun itu yang mengesahkan menolak tawaran daripada pencabar Utara London itu.

“Saya mahu datang ke England untuk memenangi trofi dan disebabkan itu saya menerima tawaran Chelsea,” kata Mata.


“Perpindahan ini adalah kerana keinginan untuk merangkul kejayaan dan bukan wang. Arsenal dan Tottenham memang berminat tetapi mereka tidak boleh dibandingkan dengan Blues. “Saya mahu gelaran Liga Perdana dan ia boleh dicapai di Chelsea. “Fernando Torres membantu meyakinkan saya membuat keputusan ini selain perbincangan secara terus dengan Villas-Boas.


“Dia beritahu saya pendekatan 4-3-3 dan kepentingan saya dalam rancangannya.” Mata mungkin mendakwa trofi punca utama dia memilih Chelsea tapi bos Spurs, Harry Redknapp percaya pemain muda Sepanyol itu pindah kerana wang semata-mata. - Agensi

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN