Sunday, August 21, 2011

SMS Berantai – Siapa Yang Untung Besar?


KUALA LUMPUR – Kita semua yang menggunakan telefon bimbit pasti pernah melalui pengalaman atau perkara ini.

Kita menerima sistem pesanan ringkas (SMS) yang menarik dari rakan kita berhubung sesuatu peristiwa atau kejadian dan secara tidak sedar, kita juga akan terdorong untuk menghantar kembali sms berkenaan kepada kenalan kita yang lain pula.

Ini kerana sms berkenaan sangat bersesuaian dengan keadaan dan isu semasa menyebabkan kita rasa ia perlu dikongsi dengan yang lain.

Tindakan kita dan ramai yang lain akan berakhir mewujudkan satu rantaian sms yang mungkin melibatkan ratusan ribu atau jutaan pengguna.

Siapa yang untung? Sudah pasti syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) apabila setiap sms yang kita hantar akan mereka caj.

Pernahkah terpikir siapa yang mula sekali mewujudkan sms itu?

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah melahirkan andaian bahawa ia mungkin didalangi syarikat-syarikat telko itu sendiri yang mengupah pihak ketiga untuk mencipta dan menyebarkan sms berkenaan.

Beliau mendapati bahawa banyak mesej-mesej, terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal keagamaan, seringkali disebarkan melalui SMS.

Muhammad Shaani memberi contoh terbaru iaitu sms yang tersebar mengenai bulan dikatakan mengelilingi Kaabah baru-baru ini.

“Bagi bulan Ramadan ini, mesej-mesej seperti ini sudah tentu akan mengujakan umat Islam untuk berkongsi maklumat tersebut kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mereka,” kata beliau.

Namun, beliau tidak mahu menuduh Telko secara membabi-buta walaupun pihak-pihak berkenaan yang untung besar daripada aktiviti penyebaran sms berantai.

Beliau sebaliknya mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mencari sumber yang menghantar SMS tersebut dan tindakan perlu diambil terhadap mereka.

“FOMCA tidak mahu membuat sebarang tuduhan terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan perkara ini,” tambah beliau sambil berkata bahawa pihak suruhan jaya mungkin mempunyai sebab munasabah untuk menjalankan siasatan dan juga membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Shaani juga menasihatkan pengguna agar mengelakkan diri daripada menyebarkan sms yang tidak mempunyai sebarang asas kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat telekomunikasi -Mynewshub.my

==============================================================================

Komen Admin

Kalau bercakap mengenai mesej berantai siapa saja pasti akan pernah mengalami pengalaman di mana mesej berkenaan yang melibatkan agama menyuruh menghantar ke 10 orang rakan yang lain dan sekiranya tidak berbuat demikian maka akan mengalami kejadian buruk. Mesej itu juga memberikan nama orang-orang berkenaan yang mengalami nasib yang buruk apabila tidak menghantar mesej kepada rakan yang lain. Memang mengarut bila menerima mesej macam nie. Nasib baik la admin tidak termakan dengan mesej berantai nie. :)

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN