Thursday, August 18, 2011

Pendedahan Panas!: Ini Dia Nama Sebenar Orang Yang Maki Allah SWT.

Korang jangan terkejut. Ini orang melayu beb. Orang neh dipercayai dilahirkan sebagai islam. Dan diberitakan bahawa emak dia bertudung litup [info rakan fb. Betul ke tak betul aku taktahu]. Lihat gambar di bawah neh ;
Baca lah komen2 yang menyakitkan hati di bawah neh pula ;
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294914_197562336973326_100001586835711_594441_230805_n.jpg

Alquran jadi mangsa. Mungkin dia marah orang tarbiah dia. Almaklumlah dia dipercayai murtad [masih belum sahih]. Memanglah kena tarbiah balik. Bukan paksa2 suruh percaya islam. Tapi kalau umat islam dah murtad memang wajib melalui sesi tarbiah. Dah bengang, maka Alquran dia koyakrabakkan dan sebar di twitter. Misi melepaskan kemarahan lah tue. Tah hapa2. Allah swt soal ko balik di akhirat sana nanti weh. Di dunia memang lah ko bangga2 kutuk2 Allah swt, Alquran dan Nabi saw.

Lihat bawah neh pula ;

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/228809_197456093650617_100001586835711_593965_6652831_n.jpg
Ko nak murtad [andaian sahaja] ka apa ka, tak boleh ka jangan menghina agama islam? Itu pasal umat islam marahkan ko neh. Lihat kat bawah lagi ;
http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/294126_197442923651934_100001586835711_593932_4342776_n.jpg
Mengaku bangsa melayu pula tue. Dia yang rosak, dia kata kita pula rosak. Ada ramai orang murtad di malaysia. Tapi tak semua mereka menghina islam. Mereka murtad tapi mereka diam2. Yang budak neh, dah lah dipercayai murtad, bising2 pula segala bagai.. lihat bawah lagi ;
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/291936_197556196973940_100001586835711_594418_1948012_n.jpg


Ejek2 orang dengan aksi bodoh dan upload di internet. Konon nya nak perli orang yang beragama lah tue. Maybe gak dia nak menghina orang yang bertudung, etc. Dan makian terhadap Allah swt dah jadi macam kewajipan dia pula. Tak habis2. Macam marahkan sesuatu. Hairan aku.
Kalau yang neh aku tengok memang ada ciri2 hajjah sitt lah dari segi gaya bahasa dan segala bagai. Perangai pun semacam dan kaki mencarut2 no 1. Sejibik macam hajjah sitt. Tapi dia neh orang singapore. Bukan orang malaysia. Hobi dia memang maki Allah swt. Dan dengan citer persatuan orang islam singapore sedang memerhatikan dia.

Nota : Nama dia macam nama orang islam. Sebab itu aku gunakan perkataan murtad. Andai salah sila betulkan. Dan lagi satu gambar2 dia tue original. Bukan di edit. Gambar2 tue dipetik dari fb + twitter dia dan digabungkan dengan komen2 dia yang menghina islam.
Nota : Lagi satu kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal budak neh sila klik sini. Dan kepada pemilik facebooker yang mendedahkan dia, andai ko rasa aku tak patut promosikan group neh atas apa2 alasan, sila beritahu aku. Terima kasih.

Sumber diperoleh:
http://sozcyili.blogspot.com


==================================================================

Komen dari Admin:

Isu murtad dan penghinaan agama Islam sejak akhir-akhir nie memang sudah mencabar tahap kesabaran seluruh umat Islam di Malaysia ini. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana ianya boleh menyebabkan negara dan umat Islam serta agama lain berpecah. Sebelum ini berlaku lagi beberapa isu yang melibatkan isu sensetiviti umat Islam negara ini contohnya isu berbuka puasa di gereja, isu Lina-Joy murtad dan banyak lagi isu-isu yang boleh menyebabkan perpecahan Islam dan rakyat dalam negara ini.

Sebelum kita menunding jari menyalahkan pihak lain dalam isu-isu murtad seperti ini, apa kata kita melihat faktor-faktor yang menyebabkan isu murtad dan penghinaan agama Islam ini berlaku. Pendakwahan umat Islam mengenai ajaran agama Islam di negara ini memang amat berkurangan dan hanya terhad kepada golongan ulama dan ustaz, ustazah sahaja, sedangkan agama kristian yang nampaknya lebih berdakwah dengan cara mereka sendiri contohnya menolong orang Islam yang dalam kesusahan, melayan orang Islam dengan cara lembut dan baik yang membolehkan seseorang umat Islam yang kurang imannya itu boleh terdorong untuk murtad.

Selain itu faktor pendidikan mengenai Islam dan kurangnya pengetahuan mengenai agama lain juga boleh dikatakan faktor umat Islam lebih-lebih lagi remaja Islam mudah menukar agama mereka. Pendidikan Islam dan pengetahuan mengenai agama lain juga adalah penting untuk mengukuhkan lagi kepercayaan dan keimanan kita terhadap Islam. Program seperti perbandingan agama dilihat sebagai suatu cara yang baik kerana disini kita akan belajar bagaimana menghadapi situasi dan persoalan-persoalan yang diutarakan oleh orang bukan Islam terhadap agama Islam. Dalam kursus atau program ini juga membolehkan anda tahu rahsia-rahsia Al-Quran dan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kitab bible yang membolehkan anda berdebat dengan baik mengenai Islam. Dari sini keyakinan terhadap Islam akan tinggi.

Faktor politik dan mantaliti umat Islam juga antara sebab yang menyebabkan pergerakkan pendakwahan Islam dalam negara ini terbantut. Contohnya sekiranya orang bukan Islam memberikan salam "Assalamualaikum" kepada orang Islam, PASTI orang Islam akan memandang dengan muka tidak puas hati sedangkan tiada salah sekiranya dia mengucapkan demikian malah itu satu perkembangan positif bahawa dia tertarik dengan cara Islam. Isu larangan orang bukan Islam memasuki masjid dengan alasan mereka dalam keadaan berhadas besar juga antara satu kesilapan orang Islam sendiri. Bagi pendapat saya, mereka itu diibarat bayi yang tidak tahu apa-apa. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai Islam dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar mereka dan bukannya menghalau dan mengherdik mereka yang menyebabkan mereka berasa agama Islam itu susah dan menakutkan. Kenapa tidak kita melayan mereka dengan baik sekiranya mereka ingin melawat masjid dan melihat orang Islam bersembahyang??? Sepertimana layanan baik paderi-paderi gereja terhadap orang Islam. Isu-isu lain seperti ceramah agama yang disertai oleh orang bukan Islam dan lain-lain isu kebanyakkan dimanupulasikan oleh pihak media daemi kepentingan politik adalah suatu perkara yang amat memalukan.

Islam adalah agama yang mudah dianuti dan tidak pernah menyusahkan pengganutnya. Kenapa pula kita sebagai umat Islam menyukarkan sesuatu perkara yang mudah?????

Sekiranya semua faktor-faktor berikut diambil perhatian oleh seluruh umat Islam dalam negara ini pasti gejala murtad dalam negara ini dapat dihapuskan.

Islam itu cantik :)

Sekian

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN