Saturday, August 20, 2011

Kepincangan Arsenal beri kelebihan buat Liverpool

Kepincangan Arsenal beri kelebihan buat Liverpool

Sabtu, 20 Ogos 2011
Sumber: D5 Sports



Image © D5
Jangan lupa untuk saksikan aksi perlawanan Arsenal menentang Liverpool pada Sabtu, jam 7.40 malam hanya di saluran ESPN dan ESPN HD.

KUALA LUMPUR, (D5) - Arsenal dan Liverpool akan bertembung dalam perlawanan tumpuan minggu ini dengan kedua-dua pasukan mengharapkan kemenangan selepas bermula kempen dengan keputusan seri, minggu lalu.

Bagi Arsenal ketiadaan Cesc Fabregas menyaksikan mereka agak pincang dan perlu memantapkan skuad secepat mungkin dan ditambah dengan perkhabaran Samir Nasri akan berhijrah ke Manchester City.

Apatah lagi, kecederaan Abou Diaby serta Jack Wilshire mencacatkan lagi jentera tengah The Gunners.

Ia tampak memberi kelebihan kepada Liverpool dalam kunjungan ke Emirates dan pengurus The Reds, Kenny Dalglish bakal menurunkan pemain baru seperti Jordan Henderson, Charlie Adam dan Stewart Downing.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Liverpool masih lagi tanpa kelibat kaptennya, Steven Gerrard serta dua pertahanan Glen Johnson dan Martin Skrtel akibat kecederaan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertembung berakhir dengan seri 1-1 dan pergeseran Kenny Dalglish dan Arsene Wenger selepas sepakan penalit Dirk Kuyt di minit-minit akhir perlawanan.

Jangan lupa untuk saksikan aksi perlawanan Arsenal menentang Liverpool pada Sabtu, jam 7.40 malam hanya di saluran ESPN dan ESPN HD.

[SUMBER]

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN