Wednesday, August 24, 2011

[Berita] SKMM perlu disiplinkan blogger tempatan yang sebar fitnah

JOHOR BAHARU, (Bernama) - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta "mendisiplinkan" blogger-blogger tempatan yang menyebarkan pelbagai bentuk fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

​Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, SKMM perlu bertindak segera terhadap blogger terbabit kerana fitnah dan tohmahan kini berleluasa di alam maya.

"Kita berharap pihak yang bertanggungjawab seperti SKMM dapat mendisiplinkan blogger-blogger yang menyebarkan fitnah dan tohmahan. SKMM perlu bertindak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen kibar Jalur Gemilang bersama Pertubuhan Pemandu Kereta Sewa dan Teksi/Limosin Malaysia (Petekma) di Dataran Bandaraya di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika pihak bertanggungjawab itu membiarkan fitnah dan tohmahan berleluasa di alam maya tanpa sebarang tindakan, ia akan memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang didakwa itu adalah benar.

Ahmad berkata, blogger tempatan perlu mengikut jejak langkah akhbar Kompas daripada Indonesia yang memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung laporan palsunya tentang Perdana Menteri dan keluarganya.

Beliau juga meminta pihak-pihak yang difitnah itu supaya mengambil tindakan dengan memfailkan saman terhadap mereka yang melakukan tohmahan terbabit itu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

Katanya, beliau mahukan semua pihak mencontohi tindakan Felda yang mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman pihak pembangkang yang mendakwa agensi kerajaan itu sebagai bankrap. http://www.blogger.com/img/blank.gif

Beliau mendakwa pihak pembangkang sesuka hati melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah pada majlis ceramah politik mereka.

Kempen Jalur Gemilang hari ini merupakan anjuran Jabatan Penerangan dan kesinambungan daripada Program Kembara Merdeka Ramadan yang dilaksanakan di seluruh negara.

Menurut Pengarah Penerangan Johor Hamdan Hasnan, kempen bersama pemandu teksi bertepatan kerana mereka merupakan kumpulan yang hampir dengan orang ramai khususnya pengguna perkhidmatan pengangkutan awam.

[SUMBER]

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN