Tuesday, August 23, 2011

[Artis] Pelakon Nabila Huda Nekad Mahu Cerai


KL, 23 OGOS 2011: Tiada angin mahu pun gosip mengenai masalah rumahtangga, Murai Batu mendapat tahu rupanya pelakon, Nabila Huda mahu bercerai. Terkejut Murai Batu kerana sebelum ini kisah mengenai rumahtangga mereka langsung tak pernah dengar.

Tambahan lagi selepas melahirkan anak (Keisha), Murai Batu sangka kehidupan mereka bahagia saja. Benarlah kata orang air sungai yang tenang jangan disangka tak ada buaya.

Dengarnya Nabila Huda telah pergi menfailkan penceraian di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan Agama Islam Wilayah Persekutuan semalam, setelah merasai kehidupan rumahtangganya bersama Zaidy Zailani yang dibina 3 tahun sudah tak mampu diselamatkan.

Itu antara sebab dia mahu menfailkan penceraian agar dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. Memandangkan masalah antara mereka telah dipendam lama. Tetapi hasrat Nabila tertangguh apabila dia terlupa membawa surat nikah.

Hubungan mereka sememangnya telah pun bergelora sejak 2 tahun lalu, namun Nabila Huda mengharapkan selepas dikurniakan cahayamata segalanya dapat diatasi.Namun kemelut yang melanda mereka tetap juga tak dapat diselesaikan. Malah khabarnya ayahnya, rocker terkenal, Amy Search juga terkejut dengan apa yang berlaku.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Murai Batu pun tak boleh nak mengulas lanjut mengenai masalah dalam sesebuah rumahtangga. Pastinya keputusan yang dibuat oleh Nabila bersebab dan ada hikmah di sebalik segalanya. Doa Murai Batu semoga Nabila baik pun Zaidy dapat menempuh kehidupan yang lebih baik selepas ini.

MURAI BATU: Sedih mendapat tahu ada ramai lagi selebriti yang mempunyai masalah rumahtangga namun masih memendam rasa dan tidak tahu bila pula giliran mereka nak ke pejabat agama.

[SUMBER]

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN