Thursday, August 30, 2012

Senarai Produk Samsung Diharamkan Oleh Apple

Senarai Produk Samsung Diharamkan Oleh Apple 




Semua sedia maklum yang Samsung kalah di makhamah USA isu berkenaan hakcipta rekabentuk kerana meniru model iPad dan iPhone keluaran Apple dan disaman AS$1.05 billion.

Dan Apple juga telah kalah di makhamah Korea Selatan dan produk Apple diharamkan di Korea Selatan dan ditarik balik di pasaran Korea Selatan.

Beberapa produk Samsung Electronics Co. yang telah ditarik balik dan dilarang pasarannya di USA termasuk model Galaxy iaitu:
- Galaxy S2
- Galaxy S2 T-Mobile
- Galaxy S2 Epic 4G
- Galaxy S Showcase
- Droid Charge
- Galaxy Prevail


Wednesday, August 29, 2012

Haiwan Ternakan Tunduk Pasrah Apabila Dengar Basmalah & Takbir

Haiwan Ternakan Tunduk Pasrah Apabila Dengar Basmalah & Takbir



  • Share

Malu apabila melihat video ini!!! Kambing-kambing ini dengan segera tunduk patuh dan pasrah menyerahkan diri mereka apabila mendengar kalimah basmalah dan takbir yang diucapkan oleh si penyembelih. Betapa patuhnya mereka kepada TUHAN mereka mahu menyerahkan diri mereka. Bagaimana kita? Adakah kita tidak berasa apa-apa dan lali mendengar kalimah2 mulia ini? Mungkin artikel dan video ini dapat membawa kita agar sama-sama bermuhasabah.

Rela Menyerah Diri Dengan Basmalah dan Takbir.
Ummat ISLAM dan ahli Kitab menyembelih haiwan mereka dengan menyebut nama ALLAH. Ia adalah suruhan ALLAH yang wajib dilaksanakan sebelum kita dibenarkan untuk menikmati daging-daging haiwan tersebut. ALLAH `Azza wa Jalla berfirman:


فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Maka makanlah binatang-binatang (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayat-Nya.” (Surah al-An`am, 6:18)

وَلا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَإِنَّهُ لَفِسْقٌ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu memakan binatang-binatang yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya. Sesungguhnya perbuatan yang semacam itu adalah suatu kefasikan.” (Surah al-An`am, 6:121)

Itu jika dilihat dari perspektif kita sebagai manusia yang wajib mentaati semua perintah-perintah ALLAH.

Di dalam video-video ini, ia cuba membawa perspektif yang jarang mampu dilihat oleh manusia. Iaitu dari perspektif haiwan yang disembelih itu sendiri. Sam Kouka dari Mercy Slaughter LLC mengatakan bahawa haiwan-haiwan ini kelihatan tenang dan bersedia untuk disembelih apabila menyebut nama ALLAH iaitu “Bismillah Allahu Akbar”. Haiwan-haiwan ini menyerah diri kepada ALLAH untuk ia dikorbankan. Saksikan video-video berikut:

Saya tertarik dengan kata-kata Sam Kouka di dalam video ini:









“Mereka tenang dan rela dengan penuh hati untuk menyerahkan diri mereka untuk dikorbankan apabila mendengar nama ALLAH. Mereka kadang-kadang lebih kuat beragama berbanding kebanyakan manusia.”

Selain menyebut nama ALLAH ketika penyembelihan, ISLAM juga mengajar agar digunakan pisau yang tajam dan tidak menunjukkan pisau di hadapan haiwan yang mahu disembelih. Malah kita diminta berlaku lembut dengan haiwan sepanjang proses penyembelihan dijalankan. Ini bertujuan menjaga kebajikan zahir dan batin si haiwan yang bakal disembelih.

Jika dibandingkan dengan cara orang kafir menyembelih, bukan sahaja mereka tidak berlembut dan tidak mengambil kira perasaan haiwan, malah haiwan-haiwan ini telah dizalimi dengan teruk sekali sebelum disembelih. Betapa jauh lebih baiknya cara penyembelihan yang disuruh ALLAH berbanding cara penyembelihan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

Ini hanya secebis hikmah yang bisa dilihat manusia dan diambil pengajaran daripadanya. Betapa semua arahan ALLAH itu memberi kesejahteraan buat manusia dan keseluruhan mahluq. Justeru, berimanlah dengan ALLAH. Patuhilah semua suruhanNYA dan jauhilah semua larangannya. Ambillah ISLAM, nescaya kita akan selamat dan sejahtera.

“Aslim taslam” – Masuklah ISLAM, nescaya engkau akan selamat sejahtera.

Tuesday, August 28, 2012

Misteri Karak



1.Terdapat satu kisah sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning yang dianggap berhantu. Dikisahkan bahawa ia sering menganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak.
Sudah lama juga dikira hantu Volkswagen ini menghantui kenderaan di jalan raya. Namun bgitu ia tidak berapa ketara sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan yang dinamakan Jelapang.
Sejak pembinaan lebuh raya itu, hantu ini semakin ketara muncul untuk menganggu kenderaan yang sentiasa lalu lalang di kawasan tersebut.
Kisah tersebut dipercayai bermula ketika seorang isteri yang curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudiannya merampas kereta volkswagen milik suaminya.
Si suami yang mati itu menyimpan dendam membara untuk memiliki semula volkswagen itu. Volkswagen tersebut dikatakan akan muncul scara tiba-tiba di tengah lebuhraya dihadapan mereka-mereka yang "bernasib baik.
Sekiranya pemandu kereta memintas volkswagen tersebut, ia akan segera kembali berada dihadapan kenderaan mangsa secara mengejut.
.
2.Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!
.
3.Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?…jalan lama karak
. .
4.Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden(Bekas ketua Komunis Pahang)bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
.
5.Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa,Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
.
6.Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Sunday, August 26, 2012

Asal Usul Seluar Jeans

Asal Usul Seluar Jeans  


Pernah tidak terlintas kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di bahagian sebelah kanannya? Sebenarnya saku kecil ini tak ada fungsinya selain hanya tempelan untuk menambah gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku ikecil inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560 -an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fasyen, jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu peruntungannya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.


Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang diperbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak.

Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan menempah bahan dari Genoa yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “Blue Jeans”. Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan “menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong . Para penambang emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s “atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar jeans pertama di dunia. Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak usahawan berjaya Jakob Davis untuk bekerjasama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu melahirkan kilang seluar jeans pertama.

Jeans tertua di dunia masih ada sampai sekarang, menurut “XX”, jeans Levi’s ® ini dibuat pada 1879 dan disimpan di dalam suatu tempat yang tahan api di dalam Arsip Levi Strauss & Co di San Francisco. Hari ini, jeans itu harganya lebih dari $150,000

Dan produk reka bentuk mereka yang pertama adalah “Levi` s 501 “. Produk reka bentuk pertama memang dikhususkan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan.

Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya. Tetapi saku kecil ini direka untuk menyimpan butiran-butiran emas yang bersaiz kecil. Meski kini jeans dihasilkan dalam pelbagai tanda dan bukan hanya untuk para pelombong, tetapi saku kecil itu tetap ada. Tentu saja fungsinya bukan sebagai tempat menyimpan butiran emas.


Sumber : Apacerita

Saturday, August 25, 2012

Subhanallah! Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib

Subhanallah! Masjid Ini Didirikan Oleh Makhluk Ghaib

Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.
Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.
Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubah sebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.
Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan
kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.
Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan
untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.

Bila akal digunakan dengan bijak

Bila akal digunakan dengan bijak semua perkara yang 
mustahil mungkin boleh terjadi...

untuk sementra oklah....

Friday, August 24, 2012

Gempar!! Peristiwa Aneh Berlaku Di Malaysia Malam Awal Ramadhan

Suatu perkara aneh telah mengejutkan umat Islam di sebuah negara yang diberi nama Malaysia yang telah berlaku kira-kira jam 8 hingga 10 malam tadi. Keanehan ini dijangka akan bertahan selama satu minggu atau dua minggu lagi.
“Saya terkejut!” kata seorang saksi memulakan ceritanya. “Semalam, masjid ini, besar dan luas,” sambungnya. “Tiba-tiba sahaja malam ini, masjid ini menjadi sempit dan kecil, terutamanya menjelang waktu isyak tadi.”

Perkara aneh, di mana masjid-masjid dan surau-surau di Negara ini menjadi kecil dan sempit berlaku, hampir di seluruh Negara pada malam ini.

Keanehan ini, amat dirasakan oleh umat Islam yang setiap hari atau selalu ke masjid sebelum ini. Namun bagi yang baru mengunjungi masjid atau surau pada malam ini, tidaklah dapat menyedari keanehan yang berlaku itu.

AJK kepada beberapa buah masjid dan surau dikatakan, sedang memikirkan untuk menuntut peruntukan daripada kerajaan bagi membesar serta meluaskan masjid dan surau mereka bagi menghadapi perkara aneh yang berlaku secara tiba-tiba ini.

Umat Islam, dinasihatkan supaya pergi ke masjid awal untuk mendapat tempat yang lebih selesa bagi menunaikan ibadah pada malam-malam yang akan datang. ~jomberita.com

BUTA SEKEJUP



KLANG: Gara-gara memakai kanta lekap berwarna jenis murah dan tidak berkualiti, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, di sini, kini berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakainya.


Nabila Rosli yang membeli kanta lekap itu dengan RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, berkata sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila kedua-dua mata sakit dan membengkak teruk.

Kejadian itu turut menyebabkan penglihatan mata pelajar kolej di Seremban itu menjadi kabur selama dua hari.

Malah, sambutan Aidilfitri yang sepatutnya ceria bertukar muram berikutan dia tidak boleh berjalan jauh disebabkan mata bengkak dan penglihatan kabur.
SUMBER : MYMETRO ONLINE
p/s perggghhh bahaya nie, barang murah biasa memang tak berkualiti.. lebih selamat beli  kat kedai walaupun mahal tapi ada jaminan..

Thursday, August 23, 2012

Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini ada suatu kisah yang boleh kita jadikan teladan bersama, bagaimana seorang gadis yang mempertikaikan hukum Allah SWT diberi balasan serta merta..


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.. – MANAR ISLAM

Subhanallah! Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Al Quran

Subhanallah! Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Al Quran


Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa serta Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya dengan nikmat yang diberikan untuk lahir ke dunia sebagai seorang Muslim. Saksikanlah bagaimana seorang bayi di dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

Rakaman video yang dimuat turun di laman Youtube itu (ada di atas) jelas sekalimempamerkan keajaiban Kitabullah itu dan sememangnya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah serta firmanNya. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia bayi itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’ atau mendidiknya.





 


“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Jelas sekali kebenaran riwayat para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka bumi ini sememangnya sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di alam roh (roohul mumayyiz) lagi. Malah, diriwayatkan juga bahawa semua roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembahNya dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.

“Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka, Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul, kami menjadi saksi” agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini” (Surah Al-A’raf: 172).

Dan penulis mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat Islam untuk terus tidak lupa untuk sujud kepada Maha Pencipta agar kita semua bertemu kembali denganNya juga di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa, Insyaallah. Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sama-samalah kita memperingati pengertian syahadah yang kita lafazkan setiap kali bersolat kepada Allah SWT. Wallahu’alam.


Kisah Wanita Mengumpat Yang Sukar DiKafankan


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada 
hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.


Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.


Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kainkapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.


Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.


Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.


“He, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.


“He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat.Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.


Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.


Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi.. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.


Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.


Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bilamendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.


Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.


Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.Ketika jenazah diturunkan,liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki.Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?


Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.


Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.


Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.


Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.


Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.


“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.


Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.


Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.


Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat.


Lagi gambar wanita yang sukar dikafankan di sini

DISEBALIK KEJAYAAN - Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary


DISEBALIK KEJAYAAN

( Artikel ini dah share sblum ini tp sy sngaja masukkan dalam wall kerana mersai ramai yg blum mengetehui cerita untuk djadikan sbagai contoh )

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar
- Tahun lahir : 1951
- Pendidikan: SPM
- Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan: AS$1,700 juta
- Ke 8 terkaya di Malaysia
- Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
- Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta: Proton Perdana
- Sumbangan sosial :
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40.Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.


Tafsir Mimpi Berbogel - Sheikh Ahmad Sudais


Seorang ulama' yang sangat hebat dan antara yang terpenting dalam hidupku...
Jazakallah ya Sheikh...:-)

Tafsir Mimpi Berbogel - Sheikh Ahmad Sudais
===========================

Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.

Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio
Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.

Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.


Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar: Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.

Kisah Seram Di Bilik Mayat

Kisah Seram Di Bilik Mayat | Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan.

Gambar hiasan yang seram

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wallahu’alam….

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN