Difahamkan, mangsa, Mohd Farid Yusop, 34, dari Danau Kota, Kuala Lumpur, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka (HM) untuk rawatan.
Isteri mangsa dikenali sebagai Liza, 34, berkata, kejadian menimpa suaminya hanya disedari selepas orang ramai yang hadir menyaksikan pertandingan itu melihat arwah masih dalam keadaan melutut dan tidak bergerak di ‘bunker’ biarpun permainan sudah tamat.
“Sejam sebelum permainan dimulakan, arwah mengadu tidak sihat dan loya, namun saya beranggapan itu mungkin perkara biasa, malah suami tetap meneruskan permainan memandangkan kumpulannya kekurangan pemain.
“Saya tidak menyangka ia berakhir begini kerana ketika kejadian, saya melihat arwah bermain seperti biasa sebelum melutut dan tersandar di bunker,” katanya ketika ditemui di HM, semalam.
No comments:
Post a Comment