“Anak aku la paling ‘mahal’ setakat ni dalam kampung kita,”
dengan penuh bongkak dan takabur berbicara, tanpa menyedari hakikat
mahar yang disyariatkan.
Masyarakat
menjadikan Islam itu semakin sukar untuk diamalkan. Menyukarkan untuk
melaksanakan tuntutan Islam sekali gus membuka pintu maksiat yang
dilakukan oleh pasangan kerana sukar untuk berkahwin. Inilah barah yang
kian melanda dewasa ini.
“Mak tak payah la letak mahal-mahal sangat, dia bukan keje tetap lagi,” kata Lina.
“Hang
gila ke apa? Aku bagi hang belajaq sampai Master, hang nak bagi kat dia
RM2k aje? Baik hang cari orang lain yang lebih kaya kalau macam tu,”
balas Mak Andak pada Lina.
Anak hanya menunduk
diam. Tidak berani membantah cakap ibu. Dikhuatiri akan menderhaka.
Kadang-kadang si anak memahami apa yang dikehendaki dengan perkahwinan,
namun niat terhenti atas keinginan ibu bapa.
Macam-macam
tanggapan masyarakat tentang belanja, mas kawin mahupun mahar.
Terkadang seperti menjual anak pula. Kita lupa akan hakikat diri seorang
insan yang bergelar wanita. Yang mana nilainya tidak ternilai dengan
RM10k, RM100k dan sebagainya.............
No comments:
Post a Comment