Wednesday, August 24, 2011
Kontroversi David Villa Hina Islam Adalah Tidak Benar
Dalam minggu ini kecoh mengenai kes David Villa menghina islam. Setelah dikaji selidik dari pelbagai sumber. Didapati berita tersebut adalah palsu. Tidak ada sumber dari Ozil sendiri di keluarkan. Khabar angin menyatakan ianya bermula dengan tweet daripada Ozil menyatakan “Saya melakukan ini kerana mempertahankan agama saya kerana David Villa menghina islam” . Setelah diselidiki, sebenarnya Ozil tidak pernah mempunyai akaun twitter sendiri yang official. Ini berdasarkan tweet yang ditulis oleh rakan beliau Sami Khedira (@SamiKhediraReal). Dan ada sumber menyatakan akaun twitter asal yang melakukan posting mengenai ini sudah didelete.
Sumber dari Marca (Akbar Sepanyol) ada menyatakan bahawa Ozil bertindak sedemikian kerana Villa menampar beliau dari belakang. Namun tidak langsung menyentuh mengenai isu keagamaan. Marca merupakan akbar Sepanyol yang berpengkalan di Madrid.
Hari ini setelah dua hari Ozil sendiri tampil melakukan sidang media. Beliau menyatakan beliau tidak bersalah atas pergaduhan antara beliau dengan David Villa. “Anda boleh melihat dalam kaca televisyen. Saya tidak bersalah”. Beliau langsung tidak menyebut mengenai hal keagamaan seperti yang tersebar di laman sesawang. Malah dari pihak Real madrid sendiri tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai isu ini.
Mengikut beberapa tweet yang sempat dibaca ada menyatakan bahawa isu ini sengaja dibesar-besarkan oleh sesetengah pihak yang berasa iri hati dengan kejayaan pasukan Barcelona merangkul kejuaraan Super Cup. Kes ini boleh dianggap selesai kerana tiada sumber yang rasmi sama ada dari pihak Real Madrid, Barcelona, David Villa mahupun Mesut Ozil sendiri.
[SUMBER]
Labels:
Barcelona,
Bola Sepak,
David Villa,
Mesut Ozil,
Real Madrid,
Sport,
Sukan,
Super Cup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment