Thursday, August 25, 2011

Gara-Gara Orang Minyak

COLOMBO: Polis semalam melancarkan operasi menangkap besar-besaran di utara Sri Lanka selepas penduduk bertempur dengan tentera yang dituduh melindungi pesalah seks yang digelar ‘orang minyak.’

Sekurang-kurangnya 102 orang ditahan di wilayah Jaffna apabila penduduk menyerang dua kenderaan tentera sebagai membantah tindakan tentera melindungi pesalah seks itu.


‘Orang minyak’ adalah gelaran yang merujuk kepada lelaki yang menyelinap masuk ke rumah orang lain untuk mencabul wanita yang tidur.

Mereka didakwa menyapu minyak pada seluruh tubuh bagi mengelak daripada ditangkap.


Pertempuran semalam adalah keganasan julung kali antara tentera dengan golongan minoriti Tamil di utara Sri Lanka sejak tentera menumpaskan kumpulan Tamil Eelam pada 2009, sekali gus mengakhiri perang etnik selama hampir 40 tahun.


Kekacauan semalam berlaku sehari selepas seorang lelaki membunuh seorang konstabel polis yang cuba menyelamatkan seorang nelayan yang mabuk.

Menurut polis, penduduk kampung mendakwa nelayan berkenaan ‘orang minyak’ yang mereka cari.


Kebimbangan terhadap pesalah seks merebak di seluruh Sri Lanka sejak bulan lalu.

Minggu lalu, dua lelaki yang disyaki ‘orang minyak’ mati dibunuh penduduk tempatan.


Sebahagian penduduk Sri Lanka menuduh tentera dan polis terbabit dalam kegiatan orang minyak dan melindungi pesalah, dakwaan yang dinafikan sama sekali oleh pihak berkuasa.


Polis berkata, mereka menahan sekurang-kurangnya 100 pesalah seks sepanjang tiga bulan lalu. - AFP

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN