Friday, September 9, 2011

[Sukan] Samir Nasri Terpaksa Direhatkan


SAMIR Nasri menghadirkan keresahan kepada kelabnya, Manchester City setelah mengalami kecederaan pada bahagian tangan ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis, Selasa lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan tersebut selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-75 ketika Perancis seri tanpa jaringan dengan Romania pada aksi Kelayakan Euro 2012 itu.

Nasri bagaimanapun terus terbang pulang ke Manchester tanpa menjalani pemeriksaan bersama doktor pasukan Perancis sekali gus membuatkan City risau tentanghttp://www.blogger.com/img/blank.gif tahap kecergasannya.
Laporan awal mengatakan bahawa tangan Nasri mengalami patah pada bahagian metacarpal yang mungkin menyebabkan beliau terpaksa berehat beberapa minggu.

Namun sebaik tiba di Carrington, Nasri disahkan hanya mengalami keretakan pada tulang jarinya itu.
Doktor City yakin Nasri mampu kembali beraksi untuk aksi sulung Liga Juara-Juara bertemu Napoli di Stadium Etihad, javascript:void(0)Rabu depan.

Biarpun mungkin boleh diturunkan untuk aksi Liga Perdana Inggeris menentang Wigan, Sabtu ini, pengurus City, Roberto Mancini memilih untuk merehatkannya sebagai langkah pencegahan.

[SUMBER]

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN