Tuesday, September 6, 2011

[Sukan] "Jalan Besar pitch is for school kids, says Iraq coach Zico"

"Jalan Besar pitch is for school kids, says Iraq coach Zico"




SINGAPURA: Ketua jurulatih Iraq, Zico membidas padang tiruan Stadium Jalan Besar Singapura, menganggapnya sebagai tidak profesional menjelang pertemuan kelayakan Piala Dunia bagi Zon Asia, hari ini.

Bercakap kepada wartawan, legenda berasal dari Brazil itu berkata padang berkenaan tidak sesuai untuk saingan kelayakan Piala Dunia dan sebaliknya menyifatkannya mungkin lebih sesuai bagi bola sepak sekolah.


“Saya tidak sukakan padang dan rumput di sini. Saya fikir, perlawanan yang baik sepatutnya dilangsungkan di atas padang rumput asli.

“Mungkin rumput tiruan seperti ini sesuai untuk sekolah atau remaja, tapi bukan di peringkat profesional. Saingan kelayakan Piala Dunia perlukan rumput asli,” kata bekas pemain tengah berusia 58 tahun itu.


Padang rumput tiruan itu mendapat kelulusan Fifa ketika Singapura menanti siapnya Pusat Sukan Kebangsaan yang berupaya menampung 55,000 penonton dengan bumbungnya boleh dibuka.


Zico yang sering dilabel sebagai ‘Pele Putih’ turut tidak berpuas hati dengan kurangnya tempoh rehat antara perlawanan bagi pemainnya pulih selepas kekalahan 2-0 ketika menentang Jordan pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.

“Selepas perlawanan itu, sukar untuk berehat, pemain juga penat, mereka terpaksa menaiki penerbangan jauh. Perjalanan hari terakhir begitu menyukarkan. Kami terpaksa mengharungi perjalanan 30 jam dari Iraq ke sini. Ini menyusahkan pemain dan mereka bukannya mesin. Dua perlawanan dalam tempoh empat hari adalah sukar,” rungut jurulatih itu. China yang menundukkan Singapura 2-1, Jumaat lalu, berkongsi tangga teratas bersama Jordadn dengan tiga mata. Kedua-dua pasukan itu akan bertemu di Amman dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat terakhir kelayakan untuk pusingan akhir Piala Dunia 2014 Brazil. - Reuters

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN