Sunday, September 25, 2011

Hudud: Soal Jawab PM Dengan Wartawan

Transkrip sidang akhbar YAB Perdana Menteri mengenai hukum hudud di Tanjung Tualang, Perak pada 24 September 2011

Soalan wartawan (Q): Pertelingkahan DAP dan PAS mengenai hudud semakin parah, apa komen Datuk Seri?
Perdana Menteri (PM) : “Kita sudah jangka bahawa kalau sekiranya ada parti cuba bergabung tetapi dari segi ideologi masing-masing boleh dikatakan bertentangan pada soal pokok dan asasnya, maka perkara seperti ini lambat laun akan timbul dan dalam soal undang-undang hudud ini, sudah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi itu tak boleh ditutup lagi, tak boleh diselindung daripada mata rakyat.

“Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat bahawa kita tak boleh mengharapkan atau meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan dari segi prinsip dan ideologi.
“Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat dan menutup perkara ini tetapi lambat laun dia akan timbul, bukan sahaja dalam segi undang-undang hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam pembentukan shadow cabinet (Kabinet bayangan) mereka, sehingga hari ini tak ada shadow cabinet. Kalau mereka nak melaungkan dual party system (sistem dua parti) tetapi dalam mana-mana negara yang mengamalkan dual party system mereka ada shadow cabinet tetapi mereka tak berani buat kerana akan timbul percanggahan yang amat serius antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
“Jadi perkara ini kita dah sedar dan hari ini kita tengok dia begitu serius walaupun mereka kata ini pendapat peribadi dan sebagainya, dan ada perkara boleh setuju dan ada perkara tidak boleh setuju tetapi pada rakyat mereka tak boleh meletakkan harapan di mana sebuah parti yang tiada pendirian yang sama kerana ia menimbulkan satu konflik dalam yang begitu berat lagi serius.

Q: Mengapa mereka membangkitkan isu itu pada masa ini?
PM: saya nampak taktikal sebab parti PAS telah terima pukulan yang cukup hebat ekoran kenyataan Timbalan Presiden, mat sabu (Mohamad Sabu) yg menidakkan pejuang nasionalis dan mereka yang terkorban dalam insiden Bukit Kepong, telah timbulkan kemarahan yang begitu dahsyat di kalangan terutama sekali orang Melayu, jadi mereka sedar bahawa sokongan mereka dah merosot dengan begitu ketara jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mat Sabu itu akan tenggelam dan mereka cuba muncul sebagai parti yang memperjuangkan hudud ini untuk menawan hati orang Melayu

Q: MCA dan GERAKAN kata akan tarik diri dari BN jika laksanakan hudud?
PM: Itu tidak menjadi isu kerana undang-undang hudud kita tidak akan laksanakan di Malaysia ini walaupun kita terima bahawa ini undang-undang tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini bahawa ini Undang-undang tuhan tetapi jika kita nak laksanakan ini ia mestilah berpaksi kepada realiti. Kalau kita tanya pada para ulama, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita ambil kira persekitaran dan realiti, lagipun matlamat sesuatu pentadbiran itu mengikut Islam ialah tergolong dalam prinsip-prinsip makasid Syariah. Antara prinsip makasid syariah ialah untuk pertahankan agama, nyawa, akhlak, harta benda dan lain-lain. Jadi dengan keadaan sekarang ini melalui undang-undang sedia ada, prinsip dan matlamat makasid syariah ini boleh dipertahankan dan diperjuangkan oleh kita.

Q: Without having to implement the hudud law?
A: other element of hudud already in existent tetapi the extreme part or the ultimate part is not, that doesn’t mean tiada Undang-undang Islam di Malaysia.

Sumber

No comments:

ENTRI TERKINI

Grab the widget  IWeb Gator
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KONGSI BLOG ANDA

IKLAN